Kini, kemudahan Internet merupakan satu keperluan kepada semua termasuklah kepada golongan pelajar sekolah, mahasiswa dan lain-lain bagi tujuan pembelajaran mahupun perbincangan kumpulan atas talian. Kualiti capaian Internet merupakan faktor penting mempengaruhi pengalaman pembelajaran atas talian dan pihak MCMC terus giat melaksanakan pembangunan Infrastruktur melalui pelan JENDELA untuk tujuan tersebut. Selain itu, peranti turut memainkan peranan dalam memberikan prestasi yang diingini seiring dengan perkembangan teknologi. Pastikan peranti yang digunakan bersesuaian dengan tujuan dan cara penggunaan harian anda.