Wanita kampung Pulau Kerengga bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Kelas fardhu ain telah ditubuhkan bertempat di belakang masjid Nahdatul Islam, Pulau Kerengga. Persatuan ini disertai oleh ibu-ibu tunggal dan juga suri rumah dari golongan dewasa sehingga warga emas. Antara aktiviti yang aktif disertai oleh persatuan ini adalah seperti marhaban, nasyid, bacaan Al-Quran dan kelas Agama. 

Persatuan ini juga pernah memenangi beberapa pertandingan antaranya johan pertandingan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Marang yang diadakan di Bukit Payong, Marang Terengganu pada 16 Februari 2012. Perarakan sejauh 3.5km bermula dari perkarangan masjid Hj. Mad Zain dan berakhir di masjid Bukit Payong dan mencatat sejarah apabila lebih 10,000 lebih peserta mengambil bahagian, melibatkan 180 kontinjen. Pulau Kerengga muncul sebagai johan dalam kategori JKKK. Selain itu wanita di kampung ini turut memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nasyid peringkat DUN Rhu Rendang.

 

 

wanita