Warung Bakso Asli Jawa Solo milik Puan Rostianah Rohmah yang berasal dari Jogjakarta, Indonesia. Sesiapa yang datang ke Kampung Pulau Kerengga bolehlah singgah ke warung ini untuk merasai sendiri keenakan Bakso Asli yang dibuat oleh beliau. Terdapat 3 jenis bakso yang disediakan iaitu Bakso Biasa, Bakso Gunung dan Bakso Cilok. 

 

 

 

Acutera Cafe merupakan sebuah Kafe Latihan untuk anak-anak asnaf pelajar lepasan AKT ( Akademi Kulinari Terengganu) dan merupakan satu cabang permulaan untuk memulakan perniagaan setelah tamat pengajian. Acutera Cafe ini terletak di Kampung Pulau Kerengga, di dalam kawasan AKT sendiri berhadapan Penjara Marang, Terengganu. 

 

 

Pelbagai juadah yang disediakan seperti nasi minyak, nasi beriani, nasi dagang, kuih muih, western dan sebagainya. Anda semua pasti akan kembali semula untuk menikmati juadah yang disediakan dengan harga yang berpatutan dan menyelerakan. 

 

 

 

 untuk maklumat lanjutt mengenai kafe ini, anda boleh melayari fb Acutera Cafe dan Instagram Acutera Cafe

 

Terdapat beberapa gerai cendol pulut dan air batu campur (ABC) yang terkenal di sekitar Kg Pulau Kerengga antaranya Gerai Cendol Pulut Mek Jarah yang terletak di hadapan Masjid Nahdatul Islam Kg Pulau Kerengga. Gerai beliau menawarkan cendol pulut dan juga ABC yang beraneka campuran mengikut selera pengguna. Turut menjual pisang goreng dan kerepok lekor goreng serta ubi keledek goreng dengan harga yang berpatutan. Pengunjung boleh memilih untuk makan di situ ataupun membungkusnya. Beroperasi seawal 10 pagi hingga 4-5 petang.