Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

2. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.

3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

4. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

 

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

 

(a) Pendidikan PraSekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

 

(b) Pendidikan Rendah

Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun;

Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.

 

(c) Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan mengengah rendah dan mengengah atas;

Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:-

  • Sekolah akademik
  • Sekolah teknik dan vokasional
  • Sekolah Kebangsaan agama

 

(d) Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

 

(Sumber : http://www.moe.gov.my/)

 

Oleh itu, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kampung Pulau Kerengga telah disediakan kemudahan seperti sekolah untuk penduduk setempat serta sekitarnya mendapat pendidikan yang sempurna. Hasil pemerhatian, Kampung Pulau Kerengga mempunyai 3 buah sekolah untuk peringkat pra sekolah, peringkat rendah dan peringkat menengah.

 

Pra Sekolah : Tabika KEMAS Pulau Kerengga

Peringkat Rendah : Sek. Keb. Pulau Kerengga

Peringkat Menengah : Sek. Men. Keb. Seri Serating