PULAU KAPAS

Pulau Kapas adalah sebuah tempat pelancongan yang popular di Marang, Terengganu. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk  bercuti ke Pulau Kapas bersama kawan-kawan dan keluarga. Jeti Ke Pulau Kapas terletak kira-kira 10 kilometer dari Kampung Pulau Kerengga, iaitu di Bandar Marang berhampiran pasar Marang dan kira-kira 18 km dari bandar Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari jeti Marang ialah lebih kurang 6km sahaja. Pulau Kapas merupakan pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di Pulau ini putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut di perairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas. 

 

 

 

 

 

Pengangkutan ke Pulau Kapas

Biasanya pengangkutan bot dari jeti Marang ke resort di Pulau Kapas termasuk dalam pakej percutian. Walau bagaimanapun, terdapat agensi pelancongan yang turut menawarkan 'Day Trip' bagi pelancong yang tidak mengambil pakej percutian atau tidak ingin bermalam di Pulau Kapas. Asasnya, pengangkutan ke Pulau Kapas adalah:

  • Mengambil penerbangan ke lapangan terbang Kuala Terengganu atau

    N  Memandu kenderaan sendiri ke Marang. Untuk percutian bajet anda boleh,

    N  Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke Kuala Terengganu

    N  Mengambil teksi dari lapangan terbang atau stesen bas ke jeti Marang (lebih kurang RM 30.00)

    N  Perjalanan menaiki bot dari jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit. Harga tiket ialah RM 25.00 untuk pergi-balik

 

Keistimewaan Pulau Kapas 

Pulau Kapas mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Antara keistimewaan Pulau Kapas ialah: 

  • v  Keindahan laut dengan coral dan hidupan laut yang cantik masih kekal terpelihara di Pulau Kapas.

    v  Para penyelam skuba dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut sekitar Pulau Kapas.

    v  Pemandangan cantik dan unik di Pulau Gemia yang sangat mengagumkan

 

Aktiviti menarik di Pulau Kapas

  • ©       Mandi-manda

    ©       Snorkeling

    ©       Luncur angin

    ©       Berkayak

    ©       Berkhemah

    ©       Menaiki bot mengelilingi Pulau Kapas dan Pulau Gemia

    ©       Memancing

    ©       Melihat suasana matahari terbit dan terbenam

    ©       Scuba diving

 

 

Resort di Pulau Kapas

Jika anda bercadang untuk bercuti di Pulau Kapas, terdapat banyak pakej percutian yang ditawarkan oleh resort-resort yang terdapat di Pulau ini. Biasanya setiap pakej percutian ke Pulau Kapas termasuk penginapan, makanan dan aktiviti snoorkeling. Pelbagai pakej boleh didapati dari pakej honeymoon di resort terkenal untuk suami isteri sehinggalah ke pakej percutian bajet untuk pelajar dan backpackers. Antara resort di Pulau Kapas yang menyediakan pakej untuk pelancong adalah seperti:

  1.   Duta Puri Island Resort

       Kapas Resort & SPA

       Kapas Coral Beach Resort

  2.     Qimi chalet

       Kapas Turtle Valley

       Kapas Island Resort

       Kapas Beach Chalet

       Beach Resort

       Pak Ya Seaview

       Captain Long House

       Harmony Campsite

Pakej percutian ke Pulau Kapas

Untuk melihat keindahan Pulau Kapas, anda boleh mengambil pakej 'Day Trip', iaitu pakej melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Pulau Kapas beserta aktiviti pelancongan tanpa bermalam di sana. walau bagaimanapun, untuk lebih menyeronokkan anda boleh mengambil pakej 2 hari 1 malam 'Fullboard' iaitu pakej termasuk:

  • #   kos pengangkutan bot pergi-balik

    #   penginapan 1 malam di Pulau Kapas

    #   Makanan disediakan

    #   Aktiviti snoorkeling di tempat menarik

 Bagi pelancong yang inginkan kedamaian, percutian ke Pulau Kapas pasti tidak mengecewakan.  Bersantai di tepi pantai melihat keindahan pantai dan air laut yang jernih memberikan ketengangan serta kepuasan tersendiri. Aktiviti percutian seperti mandi laut, snoorkeling dan aktiviti watersport lain boleh mengisi ruang percutian anda sepanjang berada di Pulau ini. 

 

PULAU GEMIA

Pulau ini kurang dikenali berbanding Pulau Kapas kerana suasananya yang sunyi dan hanya terdapat 1 resort sahaja di pulau ini. Pulau ini dikelilingi batu-batuan dan sebahagian kawasan pantai, menyebabkan pulau ini terpencil berbanding Pulau Kapas. 

Snorkelling, trekking dan berkayak merupakan aktiviti lumrah yang disediakan di pulau ini, namun biasanya pelancong lebih gemar berehat dan menghabiskan masa dengan membaca buku di tepi pantai atau balkoni di bilik mereka yang menghadap biru laut china selatan. Pulau ini juga menjadi destinasi penyu dari spesies Agar untuk bertelur. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang melihat penyu-penyu spesies ini bertelur. Anak-anak penyu yang menetas dari telur di pulau ini akan diberi perlindungan dan dipelihara sehinggalah tiba waktu yang sesuai untuk dilepaskan ke laut. Jika anda ingin bercuti dengan suasana tenang dan damai, tidak salah memilih Pulau Gemia sebagai destinasi anda.

 

 

 Sumber:

http://www.percutianbajet.com/terengganu

http://trulyterengganu.blogspot.my/

http://www.1dasia.com/tour

http://www.visit-terengganu.net/pulau-gemia-gemia-island/

http://www.amitravel.my/wp-content/uploads/hj.jpg

 

 

-Penternakan lebah madu, kelulut dan pelbagai pilihan madu asli. 

-Menjual produk seperti Honey Stick, Propolis Drop, Sabun, Terapi batuk, lilin lebah, bee pupa, bee pollen

-Menjual peralatan menternak lebah madu & kelulut

-Menyediakan kursus menternak lebah madu

-Menjual set koloni lebah madu & kelulut

-Khidmat perunding

 

Lembah Salam merupakan sebuah pusat akuakultur pelancongan (Aqua-Tourism) yang mempunyai fasiliti seperti Hatchery (Pusat Pembiakan Ikan/Udang), Kolam Ternakan Udang Galah, Kolam Mandi, Kolam Pancing Udang Galah, Homestay dan Platform Aktiviti Outdoor (Obstacles, Jungle Trekking, Abseiling, Survival, Water Confident, Rafting, Flying Fox, Interactive Game dan lain-lain.)

Lembah Salam terletak di Lot 2648, Kampung Tertak Batu, Marang, Terengganu. Pusat ini dibina di kawasan Lembah Bukit yang dipenuhi oleh Pokok Salam (Serai Kayu @ Nusantara Bayleaf).

Dimiliki dan diurus oleh Syarikat Fipromes Enterprise (TR0082327-U). Memiliki sijil MOF untuk mengendalikan Khidmat Latihan (2211100) serta Jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah dengan sijil kejurulatihan (rekreasi).

 

Sekolah Beruk Kg.Jenang

Satu tarikan yang menarik terdapat di Kg.Jenang yang diusahakan oleh Encik Mat Nawi Bin Abdullah. Beruk ini akan digunakan untuk memetik kelapa di sekitar kampung tersebut. Kelebihan beruk yang pandai ialah mampu memanjat dan memetik kelapa setinggi 20meter berbanding tenaga manusia.

 

 

Antara tempat-tempat yang sempat kami paparkan dalam video kali ini adalah :

1. Mercu tanda Marang Replika Udang dan Sotong Gergasi.
2. Masjid Sultanah Nur Zahirah.
3. Pasar Besar Marang.
4. Pulau Kekabu.
5. Marang Waterfront.
6. Jeti Marang.
7. Pantai Peranginan Kelulut.
8. Dataran Bandar Marang.
9. View Dari Atas Menara Tinjau Area Pasar Marang 
10. Menara Jam Area Marang Waterfront.
11. Mercu Tanda Pulau Kekabu Perahu Sekochi.
12. Hentian Bas Bandar Marang.
13. Hasil Laut Segar Di Pasar Besar Marang.
14. Sayur-sayuran segar Di Pasar Besar Marang.
15. Produk Tempatan Dan Aneka Kuih Muih Tradisional.
16. View Jalan Masuk Ke Pulau Kekabu.
17. View Simpang Empat Bandar Marang.