Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
2. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
4. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-
(a) Pendidikan PraSekolah
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
(b) Pendidikan Rendah
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun;
Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.
(c) Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan mengengah rendah dan mengengah atas;
Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:-
- Sekolah akademik
- Sekolah teknik dan vokasional
- Sekolah Kebangsaan agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah
Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
(Sumber : http://www.moe.gov.my/)
Oleh itu, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kampung Pulau Kerengga telah disediakan kemudahan seperti sekolah untuk penduduk setempat serta sekitarnya mendapat pendidikan yang sempurna. Hasil pemerhatian, Kampung Pulau Kerengga mempunyai 3 buah sekolah untuk peringkat pra sekolah, peringkat rendah dan peringkat menengah.
Pra Sekolah : Tabika KEMAS Pulau Kerengga
Peringkat Rendah : Sek. Keb. Pulau Kerengga
Peringkat Menengah : Sek. Men. Keb. Seri Serating
TABIKA KEMAS PULAU KERENGGA
Tabika Cemerlang Pulau Kerengga
Tabika Kemas ini telah dibuka pada tahun 1970-an. Kedudukan asal tabika ini adalah dihadapan Masjid Pulau Kerengga. Namun disebabkan beberapa masalah, tabika ini telah berpindah ke bangunan sewa pada tahun 2001 yang terletak di belakang Klinik Desa Pulau Kerengga. Namun begitu, Tabika ini sekali lagi berpindah tempat pada tahun 2015.
Bilangan staff tabika ini pada tahun 2016 ialah 2 orang, iaitu:
Guru : Puan Rohimah binti Ismail
Pem. Masyarakat : Puan Roslin binti Ismail
Kecemerlangan akademik bagi tabika ini ialah berpeluang menyertai pidato antara tabika/tadika di bawah kelolaan Kemas. Di samping itu, tabika ini tidak pernah ketandusan aktiviti untuk pelajar-pelajarnya. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan ialah pertandingan melukis dan mewarna serta sukaneka. Kami Berharap tabika ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat setempat khususnya dalam mendidik anak-anak kampung.
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU KERENGGA
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Marang, Terengganu mula didirikan pada tahun 1947. Tapak asal bangunan ini adalah tapak Masjid Kampung Pulau Kerengga sekarang. Bangunan pertama yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung terdiri daripada satu bangunan yang mempunyai dua bilik darjah. Bahan binaan sekolah ini adalah daripada kayu-kayu hutan yang terdapat di sekitar sungai kampung tersebut. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh Cikgu Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mohamad atau "Mat Sirih". Beliau adalah Guru Besar yang pertama. Guru Besar SKPK yang sekarang adalah Puan Hajah Faridah binti Mohd. Jumlah guru yang berkhidmat di SKPK adalah seramai 35 orang.
Berikut adalah kronologi sejarah Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga.
TAHUN 1947 Menerima murid sulung seramai 50 orang, yang datang dari Kampung Pulau Kerengga, Kampung Tengah dan Kampung Serating. |
TAHUN 1954 Dipindahkan ke tapak baru, di mana berhampiran padang bola kampung ini sekarang. Berpindah ke bangunan kayu beratap zink dan berbangku panjang. Disebabkan sekolah lama tidak mampu menampung pertambahan murid. Dianggarkan murid ketika itu mencecah seratus orang. |
TAHUN 1962 Sekali lagi berpindah ke tapak baru, di mana berhampiran sempadan antara Kampung Pulau Kerengga dan Kampung Gong Beris. Itulah tapak sekolah yang kekal sehingga ke hari ini. Pihak kerajaan telah memperuntukkan kawasan berkenaan sebagai kawasan atau tapak kekal sekolah. Satu bilik diperuntukkan sebagai bilik guru dan sebuah bilik lagi dijadikan kelas dengan dibahagikan kepada 3 ruang untuk menempatkan murid darjah satu hingga darjah enam. |
TAHUN 1965 Dua buah unit rumah guru didirikan |
TAHUN 1967 Sebuah kantin telah dibina berhampiran dengan bangunan blok asal sekolah |
TAHUN 1970 Kerajaan telah berusaha membina sebuah bangunan kekal dua tingkat |
TAHUN 1972 Bangunan yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, sektor dan 3 bilik darjah itu mula digunakan. Bilangan murid pada masa itu telah meningkat kepada 257 orang. |
TAHUN 1984 Satu blok bangunan mengandungi tiga bilik darjah pula telah dibina. Salah satu daripada bilik tersebut telah digunakan sebagai perpustakaan. |
TAHUN 1986 & 1988 Blok bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah dibina bagi memenuhi pertambahan murid. |
TAHUN 1990 PIBG sekolah telah mengurus projek pembinaan surau sekolah. Surau ini kemudian telah dimanfaatkan bagi kegunaan solat berjemaah, solat hajat dan latihan fardhu ain. |
TAHUN 1994 Sebuah makmal sains telah dibina iaitu tambahan terhadap bangunan asal sekolah |
TAHUN 1999 Sebuah bangunan kantin baru yang luas dan selesa telah didirikan. Sementara itu, bangunan kantin lama telah digunakan sebagai bengkel terbuka untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup. |
Nama Guru dan Staff Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga
Guru Besar | Puan Hajah Faridah binti Mohd |
Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik | Tuan Haji Mohd Zubir bin Abu Bakar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) | Puan Rusina binti Che Husin |
PK Kokurikulum | En. Saharudin bin Mohamad |
KP Bahasa Melayu | Puan Wan Salawati binti Wan Ismail |
KP Bahasa Inggeris | En. Arif bin Abdullah |
KP Matematik | Puan Faridah binti Yusof |
KP Sains | Puan Norizani binti Ali |
KP Pendidikan Muzik | Cik Kalthom bt Awang |
KP Pendidikan Seni | Puan Fatimah Sham binti Yaacob |
KP Kajian Tempatan dan Sivik | Puan Nor Azimah binti Nordin |
KP Bahasa Arab | Puan Maizatulakmaliha binti Nik Abd Majid |
Guru Bimbingan dan Kaunseling | En. Yahya bin Hussain |
Guru Media | YM Tuan Zaidi bin Tuan Ahmad |
Guru Pemulihan | Puan Najihah binti Othman |
SU Sukan | En. Hazuwari bin Hasan |
Guru ICT | En. Zunaidi bin Daud |
Jadual Waktu | Puan Rosnizana binti Sulong |
Penyelaras Kelab dan Persatuan | Puan Faezah binti Muda |
Cik Rafraema binti Omar | |
Puan Wan Maizura binti binti Wan Mohamad | |
Puan Mazlina binti Ibrahim | |
Puan Majdiah binti Mamat | |
Puan Nur Azilam binti Abd Rahim | |
Puan Norhilal binti Ariffin | |
Guru JQAF | Puan Nurul Najiha binti M. Ramli |
Cik Siti Zuraida binti Shikh Mohd | |
Guru Pendidikan Islam | En. Mohd Lotffi bin Che Man |
Penyelaras buku teks | En. Ismail bin Ibrahim |
Guru Pra Sekolah | Puan Anisah binti Abdullah |
Puan Samiha binti Abdullah | |
PPM | Puan Nor Asmah |
Puan Suriani binti Kadir |
|
Pembantu Tadbir (PT) |
En Mohamad Rozaimi bin Sulong |
EIO | Cik Nor Malisa binti Abidin |
Visi Sekolah
Sekolah unggul penjana generasi terbilang
Misi
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti
Moto
SKPK sehasrat sematlamat
Slogan
Sepakat Sederap Sehaluan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERATING
Sejarah Sekolah
Sekolah ini telah dirancang pembinaannya pada tahun 1999, yang bertujuan untuk menampung keperluan pelajar dari Kampung Pulau Kerengga, Kampung Gong Beris, Kampung Tengah, Kampung Serating, anak-anak Pegawai Penjara Marang dan Asrama Perkaya. Pihak JPN/PPD Marang merancang untuk memulakan sesi persekolahan pada 01 Januari 2004, tetapi pembinaannya mengalami kelewatan dan telah ditender semula pada 28 Jun 2007 dan dijangka siap sepenuhnya pada 27 Oktober 2007. Jabatan telah membuat keputusan bahawa SMK Seri Serating ini mesti dibuka mulai sesi persekolahan 01 Januari 2008 untuk menampung keselesaan pelajar di SMK Merchang, SMK Seberang Marang, SMK Tengku Lela Segara dan SMK Rusila. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan pada 02 Januari 2008 dengan bilangan pelajar seramai 408 orang pelajar, 13 buah kelas dan 28 orang guru.
Pentadbiran
Pengetua | Tn. Hj. Kadir bin Othman |
Penolong Kanan HEM | En. Mohd Tajudin bin Mokhtar |
Penolong Kanan Pentadbiran | En. Zakaria bin Abd. Rahman |
Penolong Kanan Ko-Kurikulum | En. Mohamad bin Faudzi Chik |
Pembangunan Sahsiah
Unit Bimbingan & Kaunseling | En. Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Noor |
Badan Pengawas | En. Semak Harun bin Embong |
Kelab Pencegahan Jenayah | En. Mat Nasir bin Draman |
Ahli Jawatankuasa | |
i) AJK Disiplin | En. Mat Nasir bin Draman (Setiausaha) |
ii) AJK Sistem Maklumat Murid | Puan Marliana Izunie Binti Ahmad (Penyelaras) |
iii) AJK Kebersihan dan Keceriaan | En. Shamsul Bahrin bin Jusoh (Penyelaras) |
iv) AJK Perhimpunan | En. Muhamad Yusof bin Ali (Penyelaras) |
v) AJK Program Sekolah Selamat | En. Mohamad Razali bin Wahab @ Juhar (Penyelaras) |
vi) AJK Program Bersepadu Sekolah Sihat | Pn. Rohaya binti Muhamad (Penyelaras) |
Pengurusan Hal Ehwal Murid
Setiausaha | Pn. Suraya binti Wasli |
Rekod dan daftar murid | Cik Nur Fazwanita binti Mohd Nordin |
AJK Guru Bertugas Mingguan | Cik Hanida binti Ibrahim |
Ahli Jawatankuasa | |
i) AJK Biasiswa dan KWAPM | En. Wan Mohd Zuki bin Wan Ngah (Setiausaha) |
ii) AJK SPBT | Pn. Norhazani binti Muda (Penyelaras) |
iii) AJK Bina Insan/Dakwah/Surau | Tn. Haji Ali bin Yusof (Penyelaras) |
iv) AJK Kesihatan | Pn. Rohaya binti Muhamad (Penyelaras) |
v) AJK Program Sekolah Selamat | En. Mohamad Razali bin Wahab @ Juhar (Penyelaras) |
vi) AJK Kebajikan | Pn. Zainun binti Majid (Penyelaras) |
vii) AJK Kantin | En. Azmi bin Ismail (Penyelaras) |
viii) AJK Pendidikan Pencegahan Dadah | En. Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Noor (Penyelaras) |
Slogan
Akhlak Puji Jana Bestari
Moto
Setia Jaya
Misi
Bertekad menjulang kegemilangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar
Visi
Menjadi sekolah berkesan tahun 2012
Akademi Kulinari Terengganu ini dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 YWM. Ianya merupakan kerjasama sinergi diantara MAIDAM (Pemilik), YWM (Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA(Pengajar). Siap sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan telah memulakan operasi pada 2 September 2012. Akademi Kulinari Terengganu Diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA.
Menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan berserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf MAIDAM
Alamat:
LOT 2466 BAZAR ASNAF,
HENTIAN REHAT MAIDAM,
PULAU KERENGGA,
21600 MARANG,
TERENGGANU DARUL IMAN
Kelas belajar Al Quran bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa kini boleh didapati di Al Baghdadi Learning Centre yang terletak berhampiran dengan PI1M Kg Pulau Kerengga bersebelahan dengan bengkel motosikal. Menawarkan Kelas Belajar Al Quran Asas, Kelas Tajwid Asas dan juga Talaqi. Pendaftaran dibuka sepanjang masa. Selaras dengan "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".