Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Sekian, harap maklum.
 

Visi Kementerian Kesihatan Malaysia

'Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik'.

 

Misi Kementerian Kesihatan Malaysia

Adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

 

ii) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • Mengutamakan pelanggan
  • Saksama
  • Tidak membebankan
  • Cekap
  • Wajar mengikut teknologi
  • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • Inovatif 

 

iii) Dengan menekankan:

  • Sifat Penyayang, Profesionalisme dan kerja berpasukan ('budaya korporat')
  • Sifat menghormati maruah insan
  • Penglibatan masyarakat

 

Klinik Desa Kampung Pulau Kerengga

Di Kampung ini, terdapat sebuah klinik Desa yang disediakan oleh kerajaan yang terletak kira-kira 0.5 km dari Pusat Internet 1 Malaysia. 

 

klinik

 

 

 

kd  kd

 

kd

 

Antara perkhidmatan yang disediakan di Klinik Desa Kampung Pulau Kerengga adalah seperti berikut:

  • Penjagaan Kesihatan Ibu hamil
  • Penjagaan Kesihatan Ibu selepas bersalin
  • Penjagaan Kesihatan bayi dan kanak-kanak
  • Perancang Keluarga
  • Pap Smear
  • Imunisasi
  • Lawatan ke rumah
  • Pemberian HPV ke sekolah
  • Pemakanan untuk ibu dan kanak-kanak