PULAU KAPAS
Pulau Kapas adalah sebuah tempat pelancongan yang popular di Marang, Terengganu. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bercuti ke Pulau Kapas bersama kawan-kawan dan keluarga. Jeti Ke Pulau Kapas terletak kira-kira 10 kilometer dari Kampung Pulau Kerengga, iaitu di Bandar Marang berhampiran pasar Marang dan kira-kira 18 km dari bandar Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari jeti Marang ialah lebih kurang 6km sahaja. Pulau Kapas merupakan pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di Pulau ini putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut di perairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.
Pengangkutan ke Pulau Kapas
Biasanya pengangkutan bot dari jeti Marang ke resort di Pulau Kapas termasuk dalam pakej percutian. Walau bagaimanapun, terdapat agensi pelancongan yang turut menawarkan 'Day Trip' bagi pelancong yang tidak mengambil pakej percutian atau tidak ingin bermalam di Pulau Kapas. Asasnya, pengangkutan ke Pulau Kapas adalah:
-
N Mengambil penerbangan ke lapangan terbang Kuala Terengganu atau
N Memandu kenderaan sendiri ke Marang. Untuk percutian bajet anda boleh,
N Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke Kuala Terengganu
N Mengambil teksi dari lapangan terbang atau stesen bas ke jeti Marang (lebih kurang RM 30.00)
N Perjalanan menaiki bot dari jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit. Harga tiket ialah RM 25.00 untuk pergi-balik
Keistimewaan Pulau Kapas
Pulau Kapas mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Antara keistimewaan Pulau Kapas ialah:
-
v Keindahan laut dengan coral dan hidupan laut yang cantik masih kekal terpelihara di Pulau Kapas.
v Para penyelam skuba dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut sekitar Pulau Kapas.
v Pemandangan cantik dan unik di Pulau Gemia yang sangat mengagumkan
Aktiviti menarik di Pulau Kapas
-
© Mandi-manda
© Snorkeling
© Luncur angin
© Berkayak
© Berkhemah
© Menaiki bot mengelilingi Pulau Kapas dan Pulau Gemia
© Memancing
© Melihat suasana matahari terbit dan terbenam
© Scuba diving
Resort di Pulau Kapas
Jika anda bercadang untuk bercuti di Pulau Kapas, terdapat banyak pakej percutian yang ditawarkan oleh resort-resort yang terdapat di Pulau ini. Biasanya setiap pakej percutian ke Pulau Kapas termasuk penginapan, makanan dan aktiviti snoorkeling. Pelbagai pakej boleh didapati dari pakej honeymoon di resort terkenal untuk suami isteri sehinggalah ke pakej percutian bajet untuk pelajar dan backpackers. Antara resort di Pulau Kapas yang menyediakan pakej untuk pelancong adalah seperti:
-
☑ Duta Puri Island Resort
☑ Kapas Resort & SPA
☑ Kapas Coral Beach Resort
-
☑ Qimi chalet
☑ Kapas Turtle Valley
☑ Kapas Island Resort
☑ Kapas Beach Chalet
☑ Beach Resort
☑ Pak Ya Seaview
☑ Captain Long House
☑ Harmony Campsite
Pakej percutian ke Pulau Kapas
Untuk melihat keindahan Pulau Kapas, anda boleh mengambil pakej 'Day Trip', iaitu pakej melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Pulau Kapas beserta aktiviti pelancongan tanpa bermalam di sana. walau bagaimanapun, untuk lebih menyeronokkan anda boleh mengambil pakej 2 hari 1 malam 'Fullboard' iaitu pakej termasuk:
-
# kos pengangkutan bot pergi-balik
# penginapan 1 malam di Pulau Kapas
# Makanan disediakan
# Aktiviti snoorkeling di tempat menarik
Bagi pelancong yang inginkan kedamaian, percutian ke Pulau Kapas pasti tidak mengecewakan. Bersantai di tepi pantai melihat keindahan pantai dan air laut yang jernih memberikan ketengangan serta kepuasan tersendiri. Aktiviti percutian seperti mandi laut, snoorkeling dan aktiviti watersport lain boleh mengisi ruang percutian anda sepanjang berada di Pulau ini.
PULAU GEMIA
Pulau ini kurang dikenali berbanding Pulau Kapas kerana suasananya yang sunyi dan hanya terdapat 1 resort sahaja di pulau ini. Pulau ini dikelilingi batu-batuan dan sebahagian kawasan pantai, menyebabkan pulau ini terpencil berbanding Pulau Kapas.
Snorkelling, trekking dan berkayak merupakan aktiviti lumrah yang disediakan di pulau ini, namun biasanya pelancong lebih gemar berehat dan menghabiskan masa dengan membaca buku di tepi pantai atau balkoni di bilik mereka yang menghadap biru laut china selatan. Pulau ini juga menjadi destinasi penyu dari spesies Agar untuk bertelur. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang melihat penyu-penyu spesies ini bertelur. Anak-anak penyu yang menetas dari telur di pulau ini akan diberi perlindungan dan dipelihara sehinggalah tiba waktu yang sesuai untuk dilepaskan ke laut. Jika anda ingin bercuti dengan suasana tenang dan damai, tidak salah memilih Pulau Gemia sebagai destinasi anda.
Sumber:
http://www.percutianbajet.com/terengganu
http://trulyterengganu.blogspot.my/
http://www.visit-terengganu.net/pulau-gemia-gemia-island/
http://www.amitravel.my/wp-content/uploads/hj.jpg