Terdapat beberapa gerai cendol pulut dan air batu campur (ABC) yang terkenal di sekitar Kg Pulau Kerengga antaranya Gerai Cendol Pulut Mek Jarah yang terletak di hadapan Masjid Nahdatul Islam Kg Pulau Kerengga. Gerai beliau menawarkan cendol pulut dan juga ABC yang beraneka campuran mengikut selera pengguna. Turut menjual pisang goreng dan kerepok lekor goreng serta ubi keledek goreng dengan harga yang berpatutan. Pengunjung boleh memilih untuk makan di situ ataupun membungkusnya. Beroperasi seawal 10 pagi hingga 4-5 petang.