Tarikh : 22 Julai 2017 |
Masa : 9.00 am - 5.00 pm |
Lokasi : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta : 133 peserta |
Tujuan
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi Dashboard Komuniti dan Advokasi serta menambah ahli PI1M.
Aktiviti
Pengunjung akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Bengkel Advokasi, Pemeriksaan Kesihatan dan Bengkel Dashboard Komuniti. Untuk Bengkel Advokasi, pengunjung akan diberi penerangan tentang E-Waste, Klik Dengan Bijak, Skip ke Skrin dan Etika Penggunaan Internet. Untuk Pemeriksaan Kesihatan, Pengunjung ditawarkan pemeriksaan kesihatan (timbang berat, tekanan darah, ukuran tinggi dan BMI) secara percuma. Untuk Bengkel Dashboard Komuniti, pengunjung diberi taklimat tentang aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi MyShop, MyHealth, MyKomuniti dll. Program turut diselitkan dengan pertandingan Kuiz yang menggunakan platform kahoot.it sebagai medium kuiz yang berkaitan dengan info PI1M, Pengetahuan Am dan Pengetahuan Internet. Selain itu, Taklimat KWSP turut diadakan oleh pihak KWSP untuk memberi taklimat berkenaan skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak KWSP