Tarikh | 17 September 2017 |
Waktu | 2.00 pm - 6.00 pm |
Tempat | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan
Memberi latihan asas kepada pelajar tentang asas keusahawanan
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan sesi pengenalan Intel Learn Easy Steps dan juga Intel Help Guide. Pelajar diajak meneliti kandungan Help Guide.
Petugas diberi penerangan tentang lima modul awal dalam ILES Bahagian 1 (Mempelajari Kemahiran Baru) iaitu Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi ( Modul 1) , Memperkenal Internet dan Emel (Modul 2) , Pengenalan Pemprosesan Kata (Modul 3) , Pengenalan Lembaran Elektronik (Modul 4) dan Pengenalan Multimedia (Modul 5). Pelajar bersama-sama menyelesaikan latihan kendiri mengikut Help Guide untuk setiap modul.
Sesi dimulakan dengan penerangan tentang Menggunakan Kemahiran untuk Perniagaan dan Keusahawanan (Bahagian 2) dimana terdapat 7 modul di bawahnya. Modul 6 ialah Pengenalan Keusahawanan.
Dalamnya terdapat latihan kendiri mencipta peta minda idea perniagaan. Untuk Modul 7 pula ialah Pengurusan Wang dan Kewangan dimana terdapat latihan membuat lembaran Aliran Tunai dan Carta Pai. Selepas itu, pelajar diberi penerangan tentang Pelan Pemasaran (Modul 8) . Setelah itu, petugas mereka bentuk logo perniagaan dan kad perniagaan dalam Modul 9 (Penjenamaan). Selepas selesai, petugas diberi penerangan tentang Bahan Pemasaran (Modul 10) di mana petugas dan pengajar mereka bentuk brosur dan contoh katalog jualan.