Tarikh | 14 Disember 2017 |
Waktu | 10.00 am - 1.00 pm |
Tempat | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan:
Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi
Aktiviti:
Pelajar diajar tentang pengenalan kepada komputer dengan mempelajari bahagian-bahagian asas seperti papan kekunci, monitor, CPU dan tetikus serta fungsinya. Antara asas yang turut dipelajari adalah cara-cara menghidupkan komputer, mempelajari desktop, mempelajari asas penggunaan papan kekunci serta asas penggunaan mouse. Antara aktiviti yang dibuat adalah menaip nama dan alamat di dalam Notepad untuk membiasakan diri menggunakan papan kekunci. Untuk aktiviti seterusnya, pelajar diajar untuk membuat folder masing-masing di desktop dan menamakan semula folder. Selepas agak mahir menggunakan papan kekunci, aktiviti diteruskan dengan pengenalan kepada internet dengan menerokai Enjin carian seperti http://www.google.com, http://www.bing.com, http://search.yahoo.com dan http://www.altavista.com. Bagi meneruskan sesi kelas Asas Microsoft Office Word untuk hari esok, pelajar turut diajar cara-cara mencari imej dan menyimpan imej yang dicari dari internet ke dalam folder.