Tarikh | 15 Disember 2017 |
Waktu | 9.30am - 12.30pm |
Tempat | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan:
Memperkenalkan pemprosesan Kata
Aktiviti:
Pelajar diperkenalkan dengan Asas Microsoft Office Word iaitu mempelajari fungsi. Antara yang dipelajari untuk asas microsoft word adalah menaip tentang maklumat diri dengan mempelajari font (mengubah jenis tulisan, saiz , warna dan text effects). Selepas itu, pelajar akan diajar cara-cara untuk memasukkan gambar melalui insert picture dan juga insert clip art. Untuk menambah kreativiti, pelajar turut diajar cara-cara mencantikkan grafik gambar melalui kaedah "Picture Styles" yang boleh memberi kesan grafik ke atas sesuatu gambar. Tidak lupa juga mereka turut diajar untuk mahir menggunakan wrap text untuk mengalih posisi gambar. Selepas itu pelajar dilatih menggunakan page background dengan menambah border, page colour dan watermark. Selepas siap menaip maklumat diri, pelajar diberi tugasan tambahan iaitu membuat jadual dan mewarnakan jadual.