Tarikh : | 29 Jun 2018 |
Masa : | 2.30 pm - 5.30pm |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 6 Orang |
Tujuan:
Memberi pengalaman belajar matematik dan bahasa inggeris secara lebih efektif dan menyeronokkan.
Aktiviti:
Pembelajaran secara atas talian (E-Pembelajaran / E-Learning) sudah tidak asing pada zaman sekarang. Kini terdapat banyak website yang menyediakan pembelajaran atas talian dan salah satunya adalah https://www.mathplayground.com/. Mathplayground merupakan website permainan matematik yang menguji minda dan menghiburkan kerana mempunyai design yang menarik. Website ini mempunyai 6 tahap dari soalan asas sehingga ke tahap tingkat tinggi. Antara menu yang tersedia di dalam website ini termasuklah math games, Logic games, Math Arcade, Story Math dan Math Videos. Seterusnya pelajar turut diperkenalkan dengan website www.gamestolearnenglish.com di mana pelajar boleh menguji pengetahuan asas bahasa inggeris melalui permainan dalam talian.