Tarikh : | 09 Julai 2018 |
Masa : | 9.00am - 1.00pm |
Lokasi: | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 69 Orang |
Tujuan:
Promosi Dashboard Komuniti
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena Hari terbuka PI Kg Pulau Kerengga pada tahun 2018 adalah bengkel dashboard komuniti iaitu taklimat tentang aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi MySoal, MyShop, MyHealth, MyKomuniti dan lain-lain. Pemeriksaan kesihatan turut diadakan dengan menawarkan pemeriksaan kesihatan (timbang berat, tekanan darah) secara percuma kepada pengunjung. Selain itu, aktiviti seterusnya adalah bengkel advokasi di mana pengurus memberikan taklimat advokasi (sebenarnya.my, e-waste, Klik Dengan Bijak) kepada semua hadirin. Turut diadakan pelbagai pertandingan seperti Pertandingan kuiz menggunakan platform kahoot, Pertandingan menaip paling pantas dan paling tepat dalam masa 60 saat, Pertandingan puzzle online menggunakan logo Klik Dengan Bijak dan Pertandingan mewarna online. Hari terbuka diserikan dengan penglibatan dari EFKEYO OPTOMETRY yang Menawarkan pemeriksaan mata kepada semua pengunjung secara percuma serta kehadiran Penolong pengurus USP Community Program & Engagement iaitu En Mohd Shakirin bin ismail, Timbalan Pengurus Wilayah, En Mohd Hasnol Johari bin Hasan serta Mantan Pengerusi J3K Kg Pulau Kerengga, En. Mohd bin Ismail.