Tarikh: | 06 September 2018 |
Masa : | 10.00am - 1.00pm |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 1 Orang |
Tujuan
Membuat surat kiriman rasmi
Aktiviti
Pembelajaran Microsoft Office Word kali ini melibatkan peserta yang merupakan setiausaha MPKK Kg Pulau Kerengga. Peserta telah diajar cara-cara menghasilkan surat kiriman rasmi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Antara teknik yang diajar adalah membuat perenggan, cara-cara menggunakan font , cara-cara menggunakan paragraph, membuat garisan panjang serta menggunakan TAB dengan betul. Surat kiriman rasmi sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bekerja di mana-mana jabatan atau syarikat terutamanya jika memegang jawatan sebagai setiausaha.