Tarikh:  23 November 2018  
 Masa:  2.00pm - 6.00pm 
 Lokasi :  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta :  103 Orang

 

 

Tujuan:

Memperkenalkan pusat internet sebagai rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama pusat internet dengan komuniti kampung, agensi, mpkk, ngo untuk mewujudkan komuniti sihat, mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti:

Aktiviti utama iaitu Bengkel Dashboard komuniti iaitu Taklimat tentang aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi MY Komuniti,Myshop, Myhealth dan MyPlace. Pemeriksaan Kesihatan Menawarkan pemeriksaan kesihatan (timbang berat, tekanan darah & pemeriksaan paras glukosa) secara percuma kepada pengunjung. Aktiviti sampingan turut diselitkan iaitu Pertandingan kuiz menggunakan platform kahoot terbuka kepada semua pengunjung, Pertandingan puzzle online menggunakan gambar piramid makanan, Acara pop kuiz spontan dengan mengajukan soalan berkisar tentang kesihatan dan pengetahuan am kepada pengunjung serta Program Zumba bersama-sama pasukan Zumba Fitness PMT.

Gambar Disini