Tarikh | 21 Februari 2019 |
Lokasi | Pusat Internet Kg. Pulau Kerengga |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan:
Memperkenalkan komputer dan sistem operasi.
Aktiviti:
Kelas ini dirangka untuk membangunkan kemahiran kecelikan teknologi yang meibatkan kebolehan menggunakan teknologi seperti komputer untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah serta mengumpul, menyusun dan berkongsi maklumat. kelas ini membekalkan pelbagai pengalaman langsung untuk meneroka dan mengetahui aplikasi asas komputer. Antara yang diajar adalah menamakan semua bahagian komputer, mempelajari tentang desktop, menghidupkan komputer, menggunakan mouse, menggunakan kekunci menaip. Aktiviti susulan adalah menaip menggunakan Notepad untuk memajukan kemahiran menaip dan mengawal tetikus.