Nama :  Muhammad Muzammil Bin Asrul Aswary
 Umur :  14 tahun 
 Ahli    :  2016

 

 

 

Latar belakang

Merupakan ahli PEDi sejak dari awal tahun 2016. Beliau merupakan seorang pelajar yang baru berjinak dalam bidang ICT selepas tamat waktu persekolahan.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Beliau tidak mempunyai ilmu yang banyak mengenai teknologi dan ICT. Beliau telah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi. Antaranya, Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, kelas E-Pembelajaran (Quizziz).Beliau juga belajar  cara menggunakan komputer dengan betul, pengenalan kepada internet dan pendaftaran secara atas talian. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas asas ICT yang dijalankan di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PEDi untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan lebih pantas, boleh menggunakan google sebagai pencarian maklumat dengan pantas.Beliau menjadikan Pedi sebagai tempat menjalankan pembelajaran ICT.

 

WhatsApp Image 2023 06 15 at 10.22.28 AM