BELAJAR ASAS PERKAKASAN KOMPUTER, ASAS KOMPUTER, E-LEARNING, ASAS INTERNET & DASHBOARD KOMUNITI
Nama : | Muhammad Farish Faruqi |
Umur : | 11 tahun |
Ahli : | 2022 |
Latar belakang
Merupakan ahli PEDi sejak dari pertengahan tahun 2022. Beliau merupakan seorang pelajar yang baru berjinak dalam bidang ICT selepas tamat waktu persekolahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak mempunyai ilmu yang banyak mengenai teknologi dan ICT. Beliau telah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi. Antaranya, Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, kelas E-Pembelajaran (Quizziz), kelas softskill dan kelas Canva. Beliau juga belajar cara menggunakan komputer dengan betul, pengenalan kepada internet dan pendaftaran secara atas talian. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas asas ICT yang dijalankan di PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PEDi untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan lebih pantas, boleh menggunakan google sebagai pencarian maklumat dengan pantas.Beliau menjadikan Pedi sebagai tempat menjalankan pembelajaran ICT.