BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER & ASAS KEUSAHAWANAN (ILES)
Nama | Nor Azira binti Ramli |
Umur | 25 Tahun |
Ahli | 2017 |
Latar belakang
Nor Azira Ramli merupakan seorang pengunjung PI1M dan pada mulanya hanya mempunyai pengetahuan asas tentang ICT dan banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Beliau merupakan seorang usahawan secara kecil-kecilan dan memerlukan sedikit pengetahuan berkaitan ICT untuk membantu beliau memperkembangkan produk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau juga pada awalnya tidak begitu mahir menggunakan komputer. Malah beliau mengakui bahawa tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini dan langsung tidak mempunyai apa-apa media sosial kecuali whatsapp.
penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kerana kepentingan terhadap bidang ICT untuk mempromosikan produk, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PI1M untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mula melibatkan diri di dalam kelas komputer pada Ogos 2017 dengan menyertai kelas INTEL (ILES) iaitu asas komputer. Di dalam kelas ini, beliau telah mempelajari asas-asas komputer dan asas-asas internet. Oleh kerana beliau merupakan seorang usahawan, beliau telah belajar untuk membuat akaun G-mail sebagai langkah permulaan membuat akaun Instagram. Oleh kerana masyarakat masa kini lebih cenderung untuk membeli barangan daripada Instagram berbanding facebook, maka beliau juga telah berjaya mencipta satu akaun perniagaan Instagram yang dinamakan sebagai ‘normakanansedap’.