BELAJAR ASAS PERKAKASAN KOMPUTER, ASAS KOMPUTER, E-LEARNING, ASAS INTERNET & DASHBOARD KOMUNITI

 Nama :   Muhammad Ashrafiq bin Bujang 
 Umur  :  13 Tahun
 Ahli    :  2015 

 

Latar belakang

Muhammad Ashrafiq merupakan seorang pengunjung tegar dan ahli PI1M sejak dari tahun 2015. Beliau pada mulanya hanya mempunyai pengetahuan asas tentang ICT dan banyak perkara yang masih perlu dipelajari.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Beliau juga pada awalnya tidak begitu mahir menggunakan komputer. Beliau telah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PI1M seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Excel, Adobe Photoshope, pengenalan kepada perkakasan komputer, cara menggunakan komputer dengan betul, pengenalan kepada internet, blog, E-Learning dan banyak lagi. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas yang dijalankan di PI1M.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PI1M untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan pantas, membuat grafik di dalam Power Point, menaip di dalam Microsoft Office dengan hiasan yang kreatif, mengedit gambar asas menggunakan Adobe Photoshope, boleh menggunakan google untuk mencari maklumat dengan pantas, menyimpan gambar, malah boleh menggunakan facebook dengan baik.