USAHAWAN DROPSHIP TUDUNG

 Nama :  Ainur Bashyrah binti Ismail 
 Umur  :  19 Tahun
 Ahli    :  2009 

 

Latar belakang

 Cik Ainur Bashyrah merupakan salah seorang ahli P1IM Kg Pulau Kerengga dan juga merupakan skuad PI1M terlibat dengan perniagaan online. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan enam dan pernah menghadiri kursus keusahawan di PI1M Pulau Kerengga dan mendapat didikan mengenai perniagaan atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau membuat promosi  tudung dari mulut ke mulut namun sambutan agak kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun setelah menerima tunjuk ajar dari PI1M, beliau mula berjinak untuk mempromosikan melalui WhatsApp dan My Shop. Jualan produk telah bertambah iaitu dari 5 produk kepada sekurang-kurangnya 10 produk sebulan telah terjual.