Nama :  Nur Atika Binti Mat Latif
 Umur :  19 tahun 
 Ahli    :  2009

 

 

 

Latar belakang

Merupakan ahli PEDi sejak dari awal tahun 2009. Beliau merupakan seorang pelajar yang baru berjinak dalam bidang ICT selepas tamat sekolah menengah.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Beliau tidak mempunyai ilmu yang banyak mengenai teknologi dan ICT. Beliau telah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi  seperti Microsoft Office ,membuat resume, mengisi Spa atas talian.Beliau juga belajar  cara menggunakan komputer dengan betul, pengenalan kepada internet dan pendaftaran secara atas talian. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas asas ICT yang dijalankan di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PEDi untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan lebih pantas, boleh menggunakan google sebagai pencarian maklumat dengan pantas.Beliau menjadikan Pedi sebagai tempat menjalankan pembelajaran ICT.

2