TABIKA KEMAS PULAU KERENGGA
Tabika Cemerlang Pulau Kerengga
Tabika Kemas ini telah dibuka pada tahun 1970-an. Kedudukan asal tabika ini adalah dihadapan Masjid Pulau Kerengga. Namun disebabkan beberapa masalah, tabika ini telah berpindah ke bangunan sewa pada tahun 2001 yang terletak di belakang Klinik Desa Pulau Kerengga. Namun begitu, Tabika ini sekali lagi berpindah tempat pada tahun 2015.
Bilangan staff tabika ini pada tahun 2016 ialah 2 orang, iaitu:
Guru : Puan Rohimah binti Ismail
Pem. Masyarakat : Puan Roslin binti Ismail
Kecemerlangan akademik bagi tabika ini ialah berpeluang menyertai pidato antara tabika/tadika di bawah kelolaan Kemas. Di samping itu, tabika ini tidak pernah ketandusan aktiviti untuk pelajar-pelajarnya. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan ialah pertandingan melukis dan mewarna serta sukaneka. Kami Berharap tabika ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat setempat khususnya dalam mendidik anak-anak kampung.