SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU KERENGGA

 

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Marang, Terengganu mula didirikan pada tahun 1947. Tapak asal bangunan ini adalah tapak Masjid Kampung Pulau Kerengga sekarang. Bangunan pertama yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung terdiri daripada satu bangunan yang mempunyai dua bilik darjah. Bahan binaan sekolah ini adalah daripada kayu-kayu hutan yang terdapat di sekitar sungai kampung tersebut. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh Cikgu Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mohamad atau "Mat Sirih". Beliau adalah Guru Besar yang pertama. Guru Besar SKPK yang sekarang adalah Puan Hajah Faridah binti Mohd. Jumlah guru yang berkhidmat di SKPK adalah seramai 35 orang.

Berikut adalah kronologi sejarah Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga.

 TAHUN 1947

Menerima murid sulung seramai 50 orang, yang datang dari Kampung Pulau Kerengga, Kampung Tengah dan Kampung Serating.

 TAHUN 1954

Dipindahkan ke tapak baru, di mana berhampiran padang bola kampung ini sekarang. Berpindah ke bangunan kayu beratap zink dan berbangku panjang. Disebabkan sekolah lama tidak mampu menampung pertambahan murid. Dianggarkan murid ketika itu mencecah seratus orang.

 TAHUN 1962

Sekali lagi berpindah ke tapak baru, di mana berhampiran sempadan antara Kampung Pulau Kerengga dan Kampung Gong Beris. Itulah tapak sekolah yang kekal sehingga ke hari ini. Pihak kerajaan telah memperuntukkan kawasan berkenaan sebagai kawasan atau tapak kekal sekolah. Satu bilik diperuntukkan sebagai bilik guru dan sebuah bilik lagi dijadikan kelas dengan dibahagikan kepada 3 ruang untuk menempatkan murid darjah satu hingga darjah enam.

TAHUN 1965

Dua buah unit rumah guru didirikan

TAHUN 1967

Sebuah kantin telah dibina berhampiran dengan bangunan blok asal sekolah

TAHUN 1970

Kerajaan telah berusaha membina sebuah bangunan kekal dua tingkat

TAHUN 1972

Bangunan yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, sektor dan 3 bilik darjah itu mula digunakan. Bilangan murid pada masa itu telah meningkat kepada 257 orang.

TAHUN 1984

Satu blok bangunan mengandungi tiga bilik darjah pula telah dibina. Salah satu daripada bilik tersebut telah digunakan sebagai perpustakaan.

TAHUN 1986 & 1988

Blok bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah dibina bagi memenuhi pertambahan murid.

TAHUN 1990

PIBG sekolah telah mengurus projek pembinaan surau sekolah. Surau ini kemudian telah dimanfaatkan bagi kegunaan solat berjemaah, solat hajat dan latihan fardhu ain.

TAHUN 1994

Sebuah makmal sains telah dibina iaitu tambahan terhadap bangunan asal sekolah

TAHUN 1999

Sebuah bangunan kantin baru yang luas dan selesa telah didirikan. Sementara itu, bangunan kantin lama telah digunakan sebagai bengkel terbuka untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup. 

 

skpk96  2015

 

Nama Guru dan Staff Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga

 

 Guru Besar   Puan Hajah Faridah binti Mohd
 Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik   Tuan Haji Mohd Zubir bin Abu Bakar
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)  Puan Rusina binti Che Husin
 PK Kokurikulum  En. Saharudin bin Mohamad  
 KP Bahasa Melayu  Puan Wan Salawati binti Wan Ismail
 KP Bahasa Inggeris  En. Arif bin Abdullah
 KP Matematik  Puan Faridah binti Yusof
 KP Sains  Puan Norizani binti Ali
 KP Pendidikan Muzik  Cik Kalthom bt Awang
 KP Pendidikan Seni  Puan Fatimah Sham binti Yaacob
 KP Kajian Tempatan dan Sivik  Puan Nor Azimah binti Nordin
 KP Bahasa Arab  Puan Maizatulakmaliha binti Nik Abd Majid 
 Guru Bimbingan dan Kaunseling  En. Yahya bin Hussain
 Guru Media  YM Tuan Zaidi bin Tuan Ahmad 
 Guru Pemulihan  Puan Najihah binti Othman 
 SU Sukan  En. Hazuwari bin Hasan
 Guru ICT  En. Zunaidi bin Daud
 Jadual Waktu  Puan Rosnizana binti Sulong 
 Penyelaras Kelab dan Persatuan  Puan Faezah binti Muda
   Cik Rafraema binti Omar
   Puan Wan Maizura binti binti Wan Mohamad 
   Puan Mazlina binti Ibrahim
   Puan Majdiah binti Mamat
   Puan Nur Azilam binti Abd Rahim
   Puan Norhilal binti Ariffin
Guru JQAF  Puan Nurul Najiha binti M. Ramli
   Cik Siti Zuraida binti Shikh Mohd
Guru Pendidikan Islam  En. Mohd Lotffi bin Che Man
Penyelaras buku teks  En. Ismail bin Ibrahim
Guru Pra Sekolah  Puan Anisah binti Abdullah
   Puan Samiha binti Abdullah
PPM  Puan Nor Asmah
 

 Puan Suriani binti Kadir

Pembantu Tadbir (PT)

 En Mohamad Rozaimi bin Sulong

EIO  Cik Nor Malisa binti Abidin

 

Visi Sekolah

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Misi

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Moto

SKPK sehasrat sematlamat

Slogan

Sepakat Sederap Sehaluan