Tarikh : | 29 September 2019 |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 3 Orang |
Tujuan:
Memantapkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan komputer
-Menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dan ICT
-Sebagai salah satu cara untuk mengasah minda dan fokus pelajar.
Aktiviti:
-Pelajar dikehendaki membuka website permainan pendidikan
-Pengajar akan mengajar cara-cara mewarna secara atas talian.
-Pelajar akan bermain pelbagai permainan berunsurkan alphabet yang menguji minda
-Pengajar akan memastikan pelajar memahami cara bermain sebagai aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan bersama.
Tarikh : | 29 September 2019 |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 4 Orang |
Tujuan:
Memberi pengenalan kepada pelajar tentang cara-cara menggunakan Kahoot.it
-Menambah ilmu pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer
-Menguji tahap pengetahuan am dengan cara yang menyeronokkan melalui e-learning
Aktiviti:
-Pelajar dikehendaki membuka laman web kahoot.it di dalam internet
-Pengajar akan membuat demonstrasi tentang cara-cara bermain kuiz menggunakan kahoot.it.
-Pengajar akan memastikan pelajar sudah memahami cara-cara bermain.
-Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang betul dan semua jawapan yang akan terpapar pada papan smartboard. Pelajar yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.
Tarikh : | 28 September 2019 |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 5 Orang |
Tujuan:
Tatacara mendapat info tepat dari internet
Aktiviti:
- Memberi taklimat tentang penggunaan internet yang betul kepada pelajar.
- Pelajar diberi kesedaran tentang jangan mudah terpedaya dengan apa yang dibaca di internet kerana bukan semua info yang dikongsi itu benar.
- Pelajar juga diberitahu tentang kesan buruk akibat berkongsi maklumat palsu di internet.
- Tayangan video tentang Maklumat palsu untuk memberi lebih info kepada pelajar.
- Pengajar akan memastikan mesej yang ingin disampaikan difahami dan dipraktikkan oleh pelajar pada masa akan datang.
Tarikh : | 28 September 2019 |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 6 Orang |
Tujuan:
Melatih penggunaan Smartboard dengan cara bermain games
Aktiviti:
-Pelajar diajar cara-cara menggunakan smartboard secara sentuhan.
-Pelajar diberi pendedahan tentang cara bermain games menggunakan smartboard
-Pelajar akan diberi peluang untuk bermain permainan menggunakan smartboard secara bergilir-gilir
-Sebelum kelas tamat, Pengajar akan memastikan pelajar fahan dan tahu kepelbagaian fungsi penggunaan smartboard.
-Kelas turut diselitkan dengan sedikit taklimat klik dengan bijak.
Tarikh : | 27 September 2019 |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 4 Orang |
Tujuan:
-Memberi pengenalan kepada pelajar tentang cara-cara menggunakan Microsoft Office Power Point
-Menambah ilmu pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer
-Untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan yang perlu menggunakan perisian Microsoft Office Power Point
Aktiviti
Pelajar dikehendaki membuka Microsoft Office Power Point di dalam komputer.
Pengajar memperkenalkan fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam Microsoft Power Point Sebelum pelajar memulakan tugasan
Latihan Microsoft Power Point diteruskan dengan menulis pengenalan diri masing-masing
Pengajar akan memastikan semua pelajar dapat menaip dengan baik dan menguasai asas Microsoft Office Power Point