Tarikh : | 28 Jun 2019 |
Lokasi : | Pusat Internet Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 7 Orang |
Tujuan:
-Memperkenalkan aktiviti melukis dan mewarna secara digital melalui perisian Paint tanpa menggunakan internet.
-Menambah ilmu pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer dengan cara yang menyeronokkan
-Menambah ketelitian menggunakan mouse selain menjadikan pelajar lebih kreatif untuk menghasilkan seni dalam bentuk digital.
Aktiviti:
Pelajar dikehendaki membuka aplikasi paint yang telah sedia ada di dalam komputer
Pengajar akan membuat demonstrasi tentang cara-cara menghasilkan imej, melakar imej serta mewarna menggunakan paint
- Pelajar dikehendaki melukis imej yang dipapar pada smartboard mengikut skill dan kreativiti tersendiri .
Lukisan yang paling cantik dan kemas dikira sebagai pemenang.
Tarikh : | 28 Jun 2019 |
Lokasi : | Pusat Internet Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 6 Orang |
Tujuan:
-Menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dan ICT
-Melatih pelajar supaya dapat membezakan penggunaan tetikus kanan dan kiri
-Melatih pelajar supaya dapat memahami lebih jelas penggunaan papan kekunci
Aktiviti:
-Pelajar dikehendaki membuka software latihan Tetikus versi Beta di mana software ini disediakn oleh JICA.
-Pengajar akan mengajar cara-cara menggunakan software ini seterusnya pelajar akan membuat latihan yang terdapat di dalam software tersebut.
-Pelajar akan bermain beberapa pusingan dan pelajar pertama yang siap akan dikira pemenang
-Seterusnya pelajar akan meneruskan latihan Menaip versi Beta.
-Pelajar juga akan menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam software tersebut dan pelajar yang siap terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
-Pengajar akan memastikan pelajar memahami sepenuhnya penggunaan tetikus dan papan kekunci.
Tarikh : | 31 Mei 2019 |
Lokasi : | Pusat Internet Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 8 Orang |
Tujuan:
Memantapkan pengetahuan pelajar tentang asas Matematik
-Menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dan ICT
-Sebagai salah satu cara untuk mengasah minda dan fokus pelajar.
Aktiviti:
-Pelajar dikehendaki membuka website https://mathplayground.com
-Pengajar akan mengajar cara-cara bermain math playground
-Pelajar akan bermain pelbagai permainan matematik dan logic games yang menguji minda
-Pengajar akan memastikan pelajar memahami cara bermain sebagai aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan bersama.
Tarikh : | 27 Jun 2019 |
Lokasi : | Pusat Internet Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 4 Orang |
Tujuan:
- Memberi pengenalan kepada pelajar tentang cara-cara menggunakan Microsoft Office Word
- Menambah ilmu pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer
- Untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan yang perlu menggunakan perisian Microsoft Office Word
Aktiviti:
Pelajar dikehendaki membuka Microsoft Office Word di dalam komputer.
- Pengajar memperkenalkan fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam Microsoft Word Sebelum pelajar mula menaip.
Latihan Microsoft word diteruskan dengan membuat latihan asas penggunaan Microsoft word seperti memasukkan tulisan, mengubah tulisan, memasukkan jadual serta memasukkan gambar.
Pengajar akan memastikan semua pelajar dapat menaip dengan baik dan menguasai asas Microsoft Office Word
Tarikh : | 30 Mei 2019 |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 5 Orang |
Tujuan:
Memberi pengenalan kepada pelajar tentang cara-cara menggunakan Kahoot.it
-Menambah ilmu pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer
-Menguji tahap pengetahuan am dengan cara yang menyeronokkan melalui e-learning
Aktiviti:
Pelajar dikehendaki membuka laman web kahoot.it di dalam internet
Pengajar akan membuat demonstrasi tentang cara-cara bermain kuiz menggunakan kahoot.it.
Pengajar akan memastikan pelajar sudah memahami cara-cara bermain.
Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang betul dan semua jawapan yang akan terpapar pada papan smartboard. Pelajar yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.