Tarikh :   26 Januari 2019 
 Masa:  10.00 am - 1.00 pm
 Lokasi :  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   4 Orang

 

Tujuan:

Latihan menggunakan mouse dan keyboard

 

Aktiviti:

Kelas kali ini memberi latihan menggunakan mouse dan keyboard dengan cara yang menyeronokkan. Untuk kemahiran menggunakan mouse, pelajar akan membuat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan melalui website http://www.coloring4all.com. Website ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti mewarna online, permainan puzzles, melukis serta menyambung titik. Untuk kemahiran menggunakan keyboard pula pelajar mambuat aktiviti menaip pantas melalui website https://10fastfingers.com/.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh   25 Januari 2019
 Masa  2.30pm - 5.30pm
 Lokasi   PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   9 Orang

 

 

Tujuan:

Membuat pendaftaran akaun gmail & facebook

 

Aktiviti:

Mengajar pelajar tentang bagaimana untuk membuat akaun gmail seterusnya membuat akaun facebook. Dalam kelas ini, pelajar akan belajar cara-cara menggunakan emel. Melalui emel yang telah dicipta, pelajar diajar membuat facebook dan asas menggunakan facebook.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh     24 Januari 2019 
 Masa  2.30pm - 5.30 pm
 Lokasi  PI Kg Pulau Kerengga
 Peserta   2 Orang

 

Tujuan

Membuat surat kiriman rasmi

 

Aktiviti

Peserta telah diajar cara-cara menghasilkan surat kiriman rasmi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Antara teknik yang diajar adalah membuat perenggan, cara-cara menggunakan font , cara-cara menggunakan paragraph, membuat garisan panjang serta menggunakan TAB dengan betul. Surat kiriman rasmi sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bekerja di mana-mana jabatan atau syarikat terutamanya 

Gambar Disini

 

 

 Tarikh   25 Januari 2019 
 Masa  9.30 am - 12.30 pm 
 Lokasi   Pusat Internet Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   5 Orang

 

 

Tujuan:

Memberi Pengetahuan tentang penggunaan search Engine (Google)

 

Aktiviti:

Peajar telah didedahkan dengan asas penggunaan internet iaitu cara-cara menggunakan search engine (google) melalui website www.google.com. Melalui enjin carian ini, pelajar telah diajar cara-cara untuk mencari artikel serta menyalin artikel dari internet. Selain itu, pelajar turut diajar mencari imej dan gambar melalui google images dan turut diajar bagaimana menyimpan gambar yang diperolehi daripada internet. Melalui google juga, pelajar boleh mencari video secara mudah kerana google akan menyenaraikan semua video yang berkaitan dengan apa yang dicari. Antara yang paling menarik minat adalah google maps serta google street View yang membawa pelajar membuat tinjauan ke seluruh pelusuk dunia.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh :  15 Disember 2018 
 Masa :  2.00pm - 5.00pm 
 Lokasi :  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta :  6 Orang 

 

 

Tujuan: 

Latih tubi UPSR

Aktiviti:

Tutor.com.my merupakan antara laman web pendidikan pertama di negara ini dalam industri pembelajaran atas talian. Pernah muncul lima terbaik anugerah laman web pendidikan Shell , diperakui yang terbaik oleh agensi dan organisasi pendidikan dan pernah dicadangkan oleh MIMOS mewakili Malaysia ke UNESCO pada sekitar 2003 sebagai laman komuniti pendidikan yang paling meluas penggunaannya.Laman ini dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai rujukan anak-anak ekspatriat di luar negara yang mahu menduduki mana-mana peperiksaan kebangsaan di negara ini. Kandungan tutor.com.my yang menepati kehendak sukatan pelajaran serta reka bentuik instruksi yang mudah diikuti, kontemporari serta menekankan elemen kuantitaif dan kualitatif - menjadikannya antara yang releven dan mempunyai akauntabiliti yang cukup tinggi.Ia terus berkembang - membimbing, mengukuh dan memperkaya pencapaian calon peperiksaan - berdasarkan reka bentuk instruksi yang sesuai diterima pakai oleh semua golongan calon.Sejajar kematangannya dalam bidang pembelajaran atas talian, tutor.com,.my telah mempermudahkan aspek teknologi supaya memenuhi keperluan insaniah, cakupan teknologi yang lebih digemari seperti telefon pintar, kemudahan akses dan menekankan aspek mutu kandungan brbanding kecanggihan teknologi.Konsep utama tutor ialah latih tubi - melakukan latihan berulang secara istiqamah bagi menokok kemahiran, memperkuat daya ingatan dan menghurai ketidakfahaman sesuatu topik.

Gambar Disini