Tarikh : | 16 Ogos 2018 |
Masa : | 3.00pm - 6.00pm |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 9 Orang |
Tujuan:
Menghasilkan imej menggunakan aplikasi paint
Aktiviti:
Pelajar diajar cara-cara menghasilkan imej dinosour menggunakan aplikasi paint yang terdapat di dalam komputer. untuk memudahkan sesi pembelajaran, pelajar membuat rumah berdasarkan tutorial melukis di dalam Youtube. Untuk menghasilkan lukisan dinososur, Pelajar diajar cara-cara membuat bentuk menggunakan shapes serta melukis, mewarna dan memadam lukisan menggunakan tools. Selepas berjaya mempelajari asas penggunaan aplikasi paint, pelajar boleh menghasilkan imej mengikut kreativiti masing-masing. Kelas turut diselitkan dengan taklimat klik dengan bijak, taklimat E-Waste dan Sebenarnya.my.
Tarikh : | 13 Ogos 2018 |
Masa : | 2.30pm - 5.30pm |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 6 Orang |
Tujuan:
Menulis sajak patriotik
Aktiviti:
Aktiviti menulis sajak patriotik dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. pelajar diajar bagaimana untuk memasukkan tulisan, mengubah design tulisan, memasukkan gambar dan memasukkan tema. pelajar kemudian diajar cara untuk menyimpan hasil kerja dalam bentuk gambar. Aktiviti diselitkan dengan taklimat Klik Dengan Bijak.
Tarikh | 07 Ogos 2018 |
Masa | 2.30 pm - 5.30 pm |
Lokasi | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 9 Orang |
Tujuan:
bermain kuiz dari Youtube
Aktiviti:
dalam latihan ini, pelajar akan diberikan kertas dan pen untuk menjawab soalan ujian personaliti yang ada di dalam Youtube. personaliti setiap pelajar akan terjawab mealui jumlah bilangan yang diperolehi setiap pelajar. Selain itu, pelajar juga akan bermain kuiz ujian rabun warna bagi menguji kepekaan mata terhadap rajah yang ditunjukkan pada paparan smartboard. Bagi menambah keseronokan, pelajar juga akan diuji dengan kuiz menguji kekuatan minda dengan menjawab pelbagai soalan di luar kotak. Program ini dapat mendedahkan kepelbagaian fungsi kepada pelajar tentang fungsi Youtube di samping menambah ilmu pengetahuan. Program turut diselitkan dengan taklimat klik dengan bijak.
Tarikh : | 09 Ogos 2018 |
Masa: | 3.00pm - 6.00pm |
Lokasi: | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 9 Orang |
Tujuan:
Menghasilkan emoji bookmark
Aktiviti:
Pelajar dikehendaki menghasilkan emoji bookmark melalui tutorial yang ditunjukkan dalam Youtube. 'Youtuber' menunjukkan langkah demi langkah cara membuat bookmark secara ringkas dan mudah. Bookmark yang dihasilkan dirujuk daripaada Easy Emoji DIY Bookmark Corners (Paper Crafts). Program turut diselitkan dengan taklimat KDB, taklimat e-waste dan taklimat Sebenarnya.My
Tarikh | 26 Julai 2018 |
Masa | 3.00pm - 6.00pm |
Lokasi | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan:
Bermain perkataan berantai
Aktiviti:
Membuat perkataan berantai (Word Chain) menggunakan Microsoft Excel. Turut diselitkan dengan program Klik Dengan Bijak.