Tarikh | 26 Julai 2018 |
Masa | 10.00am - 1.00pm |
Lokasi | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan:
Latihan eRezeki untuk menjana pendapatan sampingan
Aktiviti:
eRezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing. merupakan salah satu inisiatif digital daripada kempen digital #YOUCANDUIT untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia.
Tarikh : | 24 Julai 2018 |
Masa : | 3.00 pm - 6.00 pm |
Lokasi : | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 12 Orang |
Tujuan
Membuat surat kiriman rasmi
Aktiviti
Dalam dunia perniagaan biasanya kita tidak terlepas dari urusan surat-menyurat dengan pihak yang lain. Pelajar telah diajar cara-cara menghasilkan surat kiriman rasmi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Antara teknik yang diajar adalah membuat perenggan, cara-cara menggunakan font , cara-cara menggunakan paragraph, membuat garisan panjang serta menggunakan TAB dengan betul. Selain dunia perniagaan, surat kiriman rasmi sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bekerja di mana-mana jabatan atau syarikat.
Tarikh | 21 Julai 2018 |
Masa | 10.00am - 1.00pm |
Lokasi | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Latihan menaip dengan pantas
Aktiviti
Latihan menaip dengan pantas dan cekap dengan melalui website 10fastfingers.com. apa yang menarik, website ini mempunyai ranking nama-nama pengguna dari seluruh dunia yang mencatat keputusan menaip paling pantas tertinggi. Kita boleh memilih mana-mana Bahasa yang diingini. Sistem ini boleh mengesan serta merta tulisan yang salah dan tulisan yang ditaip dengan betul. Untuk memeriahkan kelas, petugas membuat pertandingan kecil-kecilan sebanyak 3 pusingan untuk mencari pelajar yang menaip paling pantas. Pelajar yang boleh menaip sebanyak mungkin perkataan yang betul dalam masa 1 minit akan menjadi pemenang.
Tarikh | 21 Julai 2018 |
Masa | 3.00pm - 6.00pm |
Lokasi | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan:
Melatih pelajar mahir menggunakan mouse dengan membuat pertandingan puzzle
Aktiviti:
Program Klik Dengan Bijak yang melatih pelajar supaya mahir menggunakan mouse. Program dimulakan dengan taklimat ringkas tentang KDB dan belajar tentang asas internet sebelum pelajar dilatih untuk membuka website mengikut link laman web yang diberi iaitu www.jigsawplanet.com. Selain dilatih menggunakan laman web, pelajar seterusnya bertanding pertandingan puzzle sebanyak 2 kali dan mengambil masa dalam sejam untuk menyiapkan satu puzzle. Pertandingan ini berkonsepkan bermain sambil belajar.
Tarikh : | 09 Julai 2018 |
Masa : | 9.00am - 1.00pm |
Lokasi: | PI Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 69 Orang |
Tujuan:
Promosi Dashboard Komuniti
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena Hari terbuka PI Kg Pulau Kerengga pada tahun 2018 adalah bengkel dashboard komuniti iaitu taklimat tentang aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi MySoal, MyShop, MyHealth, MyKomuniti dan lain-lain. Pemeriksaan kesihatan turut diadakan dengan menawarkan pemeriksaan kesihatan (timbang berat, tekanan darah) secara percuma kepada pengunjung. Selain itu, aktiviti seterusnya adalah bengkel advokasi di mana pengurus memberikan taklimat advokasi (sebenarnya.my, e-waste, Klik Dengan Bijak) kepada semua hadirin. Turut diadakan pelbagai pertandingan seperti Pertandingan kuiz menggunakan platform kahoot, Pertandingan menaip paling pantas dan paling tepat dalam masa 60 saat, Pertandingan puzzle online menggunakan logo Klik Dengan Bijak dan Pertandingan mewarna online. Hari terbuka diserikan dengan penglibatan dari EFKEYO OPTOMETRY yang Menawarkan pemeriksaan mata kepada semua pengunjung secara percuma serta kehadiran Penolong pengurus USP Community Program & Engagement iaitu En Mohd Shakirin bin ismail, Timbalan Pengurus Wilayah, En Mohd Hasnol Johari bin Hasan serta Mantan Pengerusi J3K Kg Pulau Kerengga, En. Mohd bin Ismail.