Tarikh : | 15 April 2018 |
Masa : | 8.00 am - 12.00 pm |
Lokasi: | Tabika Kemas Pulau Kerengga |
Peserta : | 31 Orang |
Tujuan:
Program gotong-royong perdana tabika kemas kampung Pulau Kerengga.
Aktiviti:
Aktiviti ini dilaksanakan secara serentak di kesemua KEMAS dan TASKA bagi menjamin kebersihan tempat belajar pelajar. Aktiviti gotong royong ini melibatkan ibu bapa, AJK Tabika, guru, ppms dan pelajar. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mencantas pokok, membersihkan longkang, menyapu sampah sarap, memotong rumput serta menghias tabika dengan pokok baru yang didermakan oleh pihak ibu bapa. Aktiviti diteruskan dengan sesi jamuan ringkas. tidak lupa turut diselitkan dengan taklimat klik dengan bijak serta promosi PI1M kepada semua.
Tarikh : | 29 Mac 2018 |
Masa : | 3.00pm - 6.00 pm |
Lokasi : | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 3 Orang |
Tujuan:
Pengenalan kepada Adobe Photoshop CS6
Aktiviti:
Untuk permulaan, pelajar diberi penerangan ringkas mengenai kegunaan Adobe Photoshop CS6 serta kelebihannya. Pelajar diajar tentang cara-cara mengubah gambar latar belakang mengikut kreativiti masing-masing. Kaedah yang digunakan adalah sama seperti di dalam video tutorial How to change a background in Photoshop. seteah itu pelajar diajar tentang cara-cara memasukkan tulisan kedalam photoshop.
Tarikh : | 24 Mac 2018 |
Masa: | 9.00 am - 1.00 pm |
Lokasi : | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 4 Orang |
Tujuan:
Simulasi Sistem IT PDM Pulau Kerengga
Aktiviti:
Program Simulasi sistem IT PDM Pulau Kerengga yang dilakukan serentak di seluruh negara bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. PI1M Kg Pulau Kerengga adalah lokasi yang dipilih untuk simulasi ini. Simulasi IT adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi PRU 14 pada tahun ini supaya terkawal dan terurus. Seramai 3 orang petugas IT(termasuk staf PI1M) dan 2 orang runner yang terlibat. Program turut diselitkan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan promosi PI1M.
Tarikh : | 18 Mac 2018 |
Masa : | 2.00 pm - 6.00 pm |
Lokasi : | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta : | 4 Orang |
Tujuan:
Menukar latar belakang gambar
Aktiviti:
Untuk permulaan, pelajar diberi penerangan ringkas mengenai kegunaan Adobe Photoshop CS6 serta kelebihannya. Pelajar diajar tentang cara-cara mengubah gambar latar belakang mengikut kreativiti masing-masing. Kaedah yang digunakan adalah sama seperti di dalam video tutorial How to change a background in Photoshop. Setelah diberi tunjuk ajar, pelajar dapat mengedit sendiri mengikut citarasa tersendiri. kelas turut diselitkan dengan taklimat Klik Dengan Bijak.
Tarikh : | 19 Mac 2018 |
Masa : | 9.00 am - 1.00 pm |
Lokasi : | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 4 Orang |
Tujuan:
Pengenalan kepada Adobe Photoshop
Aktiviti:
Untuk permulaan, pelajar diberi penerangan ringkas mengenai kegunaan Adobe Photoshop CS6 serta kelebihannya. Pelajar diajar tentang cara-cara mengubah gambar latar belakang mengikut kreativiti masing-masing. Kaedah yang digunakan adalah sama seperti di dalam video tutorial How to change a background in Photoshop. Setelah diberi tunjuk ajar, pelajar dapat mengedit sendiri mengikut citarasa tersendiri. Seterusnya pelajar diajar cara-cara menggunakan Healing Brush Tool untuk membaiki struktur kulit wajah. Gambar-gambar yang diedit diambil daripada search engine iaitu Google. kelas turut diselitkan dengan taklimat Klik Dengan Bijak.