Tarikh: | 26 Februari 2018 |
Masa: | 3.00pm-6.00pm |
Lokasi: | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 1 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan tentang kegunaan Dashboard Komuniti
Aktiviti
Puan Nurliati Maslan merupakan seorang usahawan dan ahli PI1M Kg Pulau Kerengga. Beliau telah diberi pendedahan tentang cara mempromosi produk melalui My Shop serta diperkenalkan cara-cara membuat aduan ke dalam My Soal.
Tarikh : | 27 Januari 2018 |
Waktu : | 10.00 am - 1.00 pm |
Lokasi : | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 6 Orang |
Tujuan:
Memperkenalkan Multimedia
Aktiviti:
Pengenalan kepada Microsoft Office Power Point dengan membuat animasi bergerak berdasarkan tutorial video tutorial di Youtube iaitu https://www.youtube.com/watch?v=W_8jzCaFXtc. Kemudian pelajar dikehendaki menghasilkan animasi tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh: | 20 Januari 2018 |
Waktu : | 3.00 pm - 6.00 pm |
Tempat: | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 3 Orang |
Tujuan:
Melukis menggunakan aplikasi paint
Aktiviti:
Pelajar diajar cara-cara menghasilkan imej kepala watak animasi Doraemon menggunakan aplikasi paint yang terdapat di dalam komputer. Pelajar diajar cara-cara membuat bentuk menggunakan shapes serta melukis, mewarna dan memadam lukisan menggunakan tools.
Tarikh : | 26 Januari 2018 |
Waktu : | 2.30 pm - 5.30 pm |
Lokasi : | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 3 Orang |
Tujuan:
Melukis menggunakan aplikasi paint
Aktiviti:
Pelajar diajar cara-cara menghasilkan imej pemandangan matahari terbenam menggunakan aplikasi paint yang terdapat di dalam komputer. Pelajar diajar cara-cara membuat bentuk menggunakan shapes serta melukis, mewarna dan memadam lukisan menggunakan tool
Tarikh : | 26 Januari 2018 |
Waktu: | 9.30 am - 12.30 pm |
Lokasi : | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 3 Orang |
Tujuan:
Menaip surat kiriman rasmi
Aktiviti:
Dalam dunia perniagaan biasanya kita tidak terlepas dari urusan surat-menyurat dengan pihak yang lain. Pelajar telah diajar cara-cara menghasilkan surat kiriman rasmi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Antara teknik yang diajar adalah membuat perenggan, cara-cara menggunakan font , cara-cara menggunakan paragraph, membuat garisan panjang serta menggunakan TAB dengan betul. Selain dunia perniagaan, surat kiriman rasmi sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bekerja di mana-mana jabatan atau syarikat.