Tarikh   30 Oktober 2017
 Waktu   4.00 pm - 6.00 pm 
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta    10 orang

 

 

 

Tujuan

Memperkenalkan Video 360 kepada pelajar

 

Aktiviti

Video 360 merupakan video yang boleh dilihat secara keseluruhan seperti dunia sebenar seolah-olah kita berada di dalam video tersebut. Video seperti ini diambil menggunakan kamera dan teknik khas bagi memastikan video yang diambil boleh dilihat secara bebas merangkumi keseluruhan kawasan.Untuk kelas di sebelah petang, petugas mengajak pelajar untuk berkongsi ilmu tentang video 360 di dalam Youtube yang masih ramai belum tahu tentang keistimewaannya.

Gambar Disini

 

 Tarikh   30 Oktober 2017 
 Waktu   2.00 pm - 4.00 pm 
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta  8 Orang 

 

 

Tujuan

Latihan menaip dengan pantas

 

Aktiviti

Latihan menaip dengan pantas dan cekap dengan melalui website 10fastfingers.com. apa yang menarik, website ini mempunyai ranking nama-nama pengguna dari seluruh dunia yang mencatat keputusan menaip paling pantas tertinggi. Kita boleh memilih mana-mana Bahasa yang diingini. Sistem ini boleh mengesan serta merta tulisan yang salah dan tulisan yang ditaip dengan betul. Untuk memeriahkan kelas, petugas membuat pertandingan kecil-kecilan sebanyak 3 pusingan untuk mencari pelajar yang menaip paling pantas. Pelajar yang boleh menaip sebanyak mungkin perkataan yang betul dalam masa 1 minit akan menjadi pemenang.

Gambar Disini

 

Tarikh    28 Oktober 2017 
 Waktu   4.00 pm - 6.00 pm 
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   12 Orang

 

 

Tujuan

Memeriksa tekanan darah menggunakan aplikasi My Health dan mempromosi Dashboard Komuniti

 

Aktiviti

Pemeriksaan tekanan darah tinggi menggunakan peralatan My Health. Sebelum tekanan darah diambil, pelajar perlu menimbang berat badan dan memeriksa ketinggian terlebih dahulu. Sementara menunggu giiran untuk pemeriksaan tekanan darah, pelajar akan menghabiskan hebahan My Komuniti sehingga selesai.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh   29 Oktober 2017
 Waktu   2.30 pm - 5.30 pm 
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   8 Orang

 

 

 

Tujuan

Memperkenalkan Dashboard Komuniti

 

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti iaitu diperkenalkan dengan My Soal. Dalam My Soal, pelajar dikehendaki membuat 1 aduan setiap seorang berkaitan masalah dalam kampung dan persekitaran dan dimasukkan ke dalam sistem Dashboard Komuniti. Setiap aduan akan diterima oleh PBT. Setelah selesai membuat aduan, pelajar turut membuat  ‘produk view’ yang terdapat dalam My Shop di bahagian produk setempat. 

Gambar Disini

 

 

 Tarikh    28 Oktober 2017
 Waktu  2.00 pm - 4.00 pm
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   13 Orang

 

 

Tujuan:

Mempromosi Dashboard Komuniti

 

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Untuk kelas ini, pelajar akan didedahkan dengan My Place dan My Komuniti. Untuk My Place, pelajar turut diberi tunjuk ajar cara-cara melihat google street view dan menanda tempat. Untuk My Komuniti, Pelajar diajar cara-cara untuk membuat pengumuman dalam Dashboard. Setiap peserta akan membuat satu pengumuman atau hebahan. Masa yang diambil untuk memperkenalkan My Place adalah selama setengah jam manakala untuk membuat hebahan ke dalam My Komuniti adalah satu jam setengah. Kelas seterusnya disambung pada jam 4.00 petang dengan meneruskan sesi My Health.

Gambar Disini