Tarikh | : 25 Ogos 2017 |
Masa | : 3.00 pm - 6.00 pm |
Lokasi | : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta | : 8 Orang |
Tujuan
Melatih penggunaan Smartboard dengan bermain Zuma Deluxe Game serta memperkenalkan Portal Dashboard
Aktiviti
Pelajar diperkenalkan dengan Portal Dashboard Komuniti iaitu mengenali My Shop dan cara-cara untuk view produk yang terdapat dalam My Shop. Selain itu, pelajar turut diajar cara-cara untuk menambah produk jika ada produk yang ingin dijual. Setelah pelajar diberi penjelasan tentang Dashboard, pelajar didedahkan dengan E-Learning iaitu bermain Zuma Deluxe. Kelebihan kelas ini adalah dapat menanam minat pelajar terhadap E-learning dengan cara yang menyeronokkan serta memberi pendedahan secara lebih mendalam tentang Dashboard Komuniti.
Tarikh | : 17 Ogos 2017 |
Masa | : 3.00 pm - 6.00 pm |
Tempat | : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan tentang kegunaan Instagram untuk mempromosi produk
Aktiviti
Pelajar telah diperkenalkan dengan salah satu Asas Media Baru yang paling popular untuk mempromosi produk iaitu Instagram. Untuk kelas ini, pelajar diberi penerangan tentang cara-cara menginstall Instagram di dalam telefon pintar dan kemudian mendaftar masuk ke dalam Instagram. Setelah pendaftaran berjaya, pelajar diajar cara-cara untuk megupload gambar ke dalam Instagram. Selain itu, kelas turut diselitkan dengan teknik-teknik menambah ramai followers dan kuasa #tag. Untuk aktiviti tambahan, pelajar turut mendaftar masuk untuk menyertai pertandingan Usahawan PI1M.
Tarikh | : 17 Ogos 2017 |
Masa | : 9.00 am - 1.00 pm |
Lokasi | : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Memberi latihan asas kepada pelajar tentang Intel Learn Easy Steps dan Help guide
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan sesi pengenalan Intel Learn Easy Steps dan juga Intel Help Guide. Pelajar diajak meneliti kandungan Help Guide.
Pelajar diberi penerangan tentang lima modul awal dalam ILES Bahagian 1 (Mempelajari Kemahiran Baru) iaitu Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi ( Modul 1) , Memperkenal Internet dan Emel (Modul 2) , Pengenalan Pemprosesan Kata (Modul 3) , Pengenalan Lembaran Elektronik (Modul 4) dan Pengenalan Multimedia (Modul 5). Pelajar bersama-sama menyelesaikan latihan kendiri mengikut Help Guide untuk setiap modul.
Sesi dimulakan dengan penerangan tentang Menggunakan Kemahiran untuk Perniagaan dan Keusahawanan (Bahagian 2) dimana terdapat 7 modul di bawahnya. Modul 6 ialah Pengenalan Keusahawanan.
Dalamnya terdapat latihan kendiri mencipta peta minda idea perniagaan. Untuk Modul 7 pula ialah Pengurusan Wang dan Kewangan dimana terdapat latihan membuat lembaran Aliran Tunai dan Carta Pai. Selepas itu, pelajar diberi penerangan tentang Pelan Pemasaran (Modul 8) . Setelah itu, petugas mereka bentuk logo perniagaan dan kad perniagaan dalam Modul 9 (Penjenamaan). Selepas selesai, petugas diberi penerangan tentang Bahan Pemasaran (Modul 10) di mana petugas dan pengajar mereka bentuk brosur dan contoh katalog jualan.
Sesi diteruskan dengan mencipta akaun e-mel dan menghantar e-mel.
Tarikh | : 17 Ogos 2017 |
Masa | : 2.00 pm - 3.00 pm |
Lokasi | : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan tentang kegunaan Dashboard Komuniti dan mempromosi produk ke dalam portal Dashboard
Aktiviti
Nor Azira merupakan seorang usahawan makanan ringan dan beliau telah diberi pendedahan tentang cara mempromosi produk melalui My Shop. Pengajar memberi tunjuk ajar untuk membuat ayat-ayat promosi serta cara-cara memasukkan gambar produk. Beliau berjaya mendaftar masuk 5 produk dalam masa 1 jam ke dalam My Shop. Antara produk yang telah ditambah ke dalam portal Dashboard adalah Karipap mini, Rempeyek Berempah, Creampuff danTart telur.
Tarikh | : 08 Ogos 2017 |
Masa | : 9.00 am - 1.00 pm |
Lokasi | : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Memberi latihan asas kepada pelajar tentang Intel Learn Easy Steps dan Help guide
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan sesi pengenalan Intel Learn Easy Steps dan juga Intel Help Guide. Pelajar diajak meneliti kandungan Help Guide.
Pelajar diberi penerangan tentang lima modul awal dalam ILES Bahagian 1 (Mempelajari Kemahiran Baru) iaitu Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi ( Modul 1) , Memperkenal Internet dan Emel (Modul 2) , Pengenalan Pemprosesan Kata (Modul 3) , Pengenalan Lembaran Elektronik (Modul 4) dan Pengenalan Multimedia (Modul 5). Pelajar bersama-sama menyelesaikan latihan kendiri mengikut Help Guide untuk setiap modul.
Sesi dimulakan dengan penerangan tentang Menggunakan Kemahiran untuk Perniagaan dan Keusahawanan (Bahagian 2) dimana terdapat 7 modul di bawahnya. Modul 6 ialah Pengenalan Keusahawanan.
Dalamnya terdapat latihan kendiri mencipta peta minda idea perniagaan. Untuk Modul 7 pula ialah Pengurusan Wang dan Kewangan dimana terdapat latihan membuat lembaran Aliran Tunai dan Carta Pai. Selepas itu, pelajar diberi penerangan tentang Pelan Pemasaran (Modul 8) . Setelah itu, petugas mereka bentuk logo perniagaan dan kad perniagaan dalam Modul 9 (Penjenamaan). Selepas selesai, petugas diberi penerangan tentang Bahan Pemasaran (Modul 10) di mana petugas dan pengajar mereka bentuk brosur dan contoh katalog jualan.
Aktiviti diteruskan dengan mencipta belanjawan menggunakan Microsoft Excel.