Tarikh   26 Oktober 2017
 Waktu  10.00 am - 1.00 pm 
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   5 Orang

 

 

 

Tujuan

Membuat surat kiriman rasmi

 

Aktiviti

Dalam dunia perniagaan biasanya kita tidak terlepas dari urusan surat-menyurat dengan pihak yang lain. Pelajar telah diajar cara-cara menghasilkan surat kiriman rasmi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Antara teknik yang diajar adalah membuat perenggan, cara-cara menggunakan font , cara-cara menggunakan paragraph, membuat garisan panjang serta menggunakan TAB dengan betul. Selain dunia perniagaan, surat kiriman rasmi sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bekerja di mana-mana jabatan atau syarikat.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh   26 Oktober 2017 
 Waktu   3.00 pm - 6.00 pm 
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta  12 Orang 

 

 

 

Tujuan:

Menghasilkan lagu menggunakan perisian FL Studio

 

Aktiviti:

Pembelajaran tutorial menghasilkan lagu menggunakan perisian FL Studio. FL Studio merupakan software audio yang membantu kita dalam membuat dan mengedit sebuah file audio. Software sebegini sangat diperlukan oleh editor suara atau syarikat rakaman dalam menghasilkan sesebuah lagu atau muzik. Pelajar berpeluang untuk menghasilkan lagu mengikut kreativiti masing-masing.Program turut diselitkan dengan pertandingan dan taklimat Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

 

 

Tarikh    17 September 2017
 Waktu   9.00 am - 1.00 pm
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   10 Orang

 

 

Tujuan

Memberi latihan asas kepada pelajar tentang asas keusahawanan

 

Aktiviti

Sesi dimulakan dengan penerangan berkenaan kandungan dalam kursus dan modul-modul yang terdapat dalam kursus disamping masa yang masa yang diperlukan bagi melengkapkan setiap modul(Modul1)

Kursus ini merangkumi tiga seksyen iaitu Seksyen I : Memulakan Perniagaan , Seksyen II : Membangunkan Perniagaan Anda dan Seksyen III : Menjalankan Perniagaan Anda. Terdapat 15 modul dalam ketiga-tiga seksyen berikut.

 

Pelajar diterangkan berkenaan Definisi Keusahawanan ( Modul 2). Dalam modul ini terdapat lima perkara iaitu mendefinasikan terma “Keusahawanan” dan “Usahawan”, perbezaan usahawan dengan pekerja, mengenal pasti kelebihan seorang usahawanan, kenalpasti 

mitos dikaitkan dengan usahawan dan kenalpasti ciri-ciri serta keupayaan untuk menjadi usahawan berjaya.

 

Pelajar diberi taklimat berkenaan Menjana Idea Perniagaan (Modul 3). Untuk Modul 3, pelajar diterangkan bagaimana untuk mengenal pasti keperluan perniagaan dalam komuniti kawasan anda. Ia menggunakan struktur rangka kerja untuk memudahkan mengesah/idea perniagaan seterusnya mengenalpasti matlamat peribadi,kekuatan,kemahiran dan pengalaman untuk mencipta senarai potensi perniagaan dan idea mana yang sesuai dilakukan.

 

Seterusnya,Mengenal pasti Peluang Perniagaan (Modul 4).Peelajar diterangkan tentang kajian keadaan pasaran produk atau perkhidmatan dan kepentingan melakukan kajian pasaran tersebut. Ia juga merangkumi topik seperti memahami soal-selidik pasaran, jenis kajian yang terlibat (pesaing/pelanggan/produk atau khidmat/jualan) dan juga tips untuk melakukan soal-selidik.

 

Latihan diteruskan dengan Mendefinasikan Pelan Perniagaan (Modul 5) iaitu mengenalpasti kepentingan menyediakan pelan perniagaan ,maklumat yang diperlukan dalam pelan perniagaan seperti pelanggan, pesaing dan modal yang diperlukan. Aktiviti membuat pelan perniagaan juga dijalankan.

 

Seterusnya ialah Pertimbangan apabila memulakan Perniagaan(Modul 6).Untuk modul ini merangkumi perbezaan kos tetap dan tidak tetap, modal tetap dan modal kerja serta cara mengira kos dan modal tersebut disamping mengenalpasti sumber pembiayaan yang berpotensi.

 

Modul berikutnya ialah Menetap Harga(Modul 7).Petugas diajar cara mengira kos unit produk, menentukan harga pulangan modal dan cara menetapkan harga yang sesuai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan.

 

Sesi seterusnya ialah tentang Kemahiran Komunikasi & Berunding (Modul 8) di mana terdapat kepentingan komunikasi, proses, jenis dan elemen komunikasi, halangan dserta cara mengatasinya.

 

Selepas itu ialah Mendefinisikan Operasi Perniagaan (Modul 9) yang terdapat 3 sesi pelajaran iaitu Memahami Operasi Perniagaan, Merancang Pengeluaran dan Mengagih Sumber perniagaan.Petugas membuat latihan bersama pengajar.

 

Sesi latihan berkenaan Pasaran (Modul 10) dimana yang mempunyai tiga pelajaran iaitu Asas Pemasaran, Campuran Pemasaran dan Pelan Pemasaran.Petugas diterangkan elemen 6p menggunakan pendekatan bersistem dipanggil PROSES iaitu Manusia > Produk > Harga > Tempat > Promosi  . Diikuti dengan Kurikulum Bantuan Teknologi ,petugas 

diajar cara mencipta laman web perniagaan dan mencipta tapak blog menggunakan medium blogspot kerana ia adalah percuma.

 

Seterusnya, petugas diberi penerangan tentang Mengurus Aliran Tunai (Modul 11). Modul ini merangkumi tiga topik iaitu Kepentingan Aliran Tunai, Merancang Aliran Tunai dan Mengurus Aliran Tunai. Petugas diajak mengira Aliran Tunai, Aliran Bersih dan Unjuran Aliran Tunai.

 

Selepas itu, petugas mengikuti modul seterunya iaitu Menyimpan Rekod (Modul 12) terdapat 2 pelajaran seperti Kepentingan Menyimpan rekod dan Mengenalpasti rekod yang diperlukan diikuti dengan Kurikulum Berbantu Teknologi (Pengurusan Inventori,Simpanan Rekod dan Penyenggaraan Transaksi Kewangan menggunakan MS Excel). 

 

Membuat Jualan (Modul 13).

petugas diberi penerangan berkaitan tiga topik iaitu pengalaman jualan sebagai pelanggan,berhadapan dengan pelanggan dan kualiti seorang penjual yang bagus.

 

 Seterusnya petugas diberi penerangan berkenaan Menangani Isu-Isu (Modul 14).Dalam modul ini petugas berbincang bersama pengajar tentang jenis-jenis tekanan yang mungkin dihadapi apabila memulakan perniagaan dan strategi menghadapi tekanan.

 

Selepas itu, modul terakhir dibincangkan iaitu Rumusan Latihan dan Penilaian. (modul 15) Petugas mengisi borang penilaian yang diberikan mengikut Buku Panduan Peserta (Latihan xxII-Modul Penilaian Pasca latihan).

Gambar Disini

 

 Tarikh   17 September 2017
 Waktu   2.00 pm - 6.00 pm
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta   5 Orang

 

 

Tujuan

Memberi latihan asas kepada pelajar tentang asas keusahawanan

 

Aktiviti

Latihan dimulakan dengan sesi pengenalan Intel Learn Easy Steps dan juga Intel Help Guide. Pelajar diajak meneliti kandungan Help Guide.

 

Petugas diberi penerangan tentang lima modul awal dalam ILES Bahagian 1 (Mempelajari Kemahiran Baru) iaitu Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi ( Modul 1) , Memperkenal Internet dan Emel (Modul 2) , Pengenalan Pemprosesan Kata (Modul 3) , Pengenalan Lembaran Elektronik (Modul 4) dan Pengenalan Multimedia (Modul 5). Pelajar bersama-sama menyelesaikan latihan kendiri mengikut Help Guide untuk setiap modul.

 

Sesi dimulakan dengan penerangan tentang Menggunakan Kemahiran untuk Perniagaan dan Keusahawanan (Bahagian 2) dimana terdapat 7 modul di bawahnya. Modul 6 ialah Pengenalan Keusahawanan.

Dalamnya terdapat latihan kendiri mencipta peta minda idea perniagaan. Untuk Modul 7 pula ialah Pengurusan Wang dan Kewangan dimana terdapat latihan membuat lembaran Aliran Tunai dan Carta Pai. Selepas itu, pelajar diberi penerangan tentang Pelan Pemasaran (Modul 8) . Setelah itu, petugas mereka bentuk logo perniagaan dan kad perniagaan dalam Modul 9 (Penjenamaan). Selepas selesai, petugas diberi penerangan tentang Bahan Pemasaran (Modul 10) di mana petugas dan pengajar mereka bentuk brosur dan contoh katalog jualan.

Gambar Disini

 

Tarikh   18 September 2017
 Waktu   2.00 pm - 5.00 pm
 Tempat   PI1M Kg Pulau Kerengga 
 Peserta  1 Orang

 

 

 

Tujuan

Memberi penerangan tentang kegunaan Dashboard Komuniti dan menambah produk ke dalam My Shop

 

Aktiviti

Puan Zaleha binti Abdul Rani merupakan seorang usahawan jamu iaitu jamu Ngosek dan produk pewangi Wan. Beliau telah diberi pendedahan tentang cara mempromosi produk melalui My Shop. Pengajar memberi tunjuk ajar untuk membuat ayat-ayat promosi serta cara-cara memasukkan gambar produk. Beliau berjaya mendaftar masuk 7 produk dalam masa 3 jam ke dalam My Shop. 

Gambar Disini