Tarikh : 22 Julai 2017 |
Masa : 9.00 am - 5.00 pm |
Lokasi : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta : 133 peserta |
Tujuan
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi Dashboard Komuniti dan Advokasi serta menambah ahli PI1M.
Aktiviti
Pengunjung akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Bengkel Advokasi, Pemeriksaan Kesihatan dan Bengkel Dashboard Komuniti. Untuk Bengkel Advokasi, pengunjung akan diberi penerangan tentang E-Waste, Klik Dengan Bijak, Skip ke Skrin dan Etika Penggunaan Internet. Untuk Pemeriksaan Kesihatan, Pengunjung ditawarkan pemeriksaan kesihatan (timbang berat, tekanan darah, ukuran tinggi dan BMI) secara percuma. Untuk Bengkel Dashboard Komuniti, pengunjung diberi taklimat tentang aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi MyShop, MyHealth, MyKomuniti dll. Program turut diselitkan dengan pertandingan Kuiz yang menggunakan platform kahoot.it sebagai medium kuiz yang berkaitan dengan info PI1M, Pengetahuan Am dan Pengetahuan Internet. Selain itu, Taklimat KWSP turut diadakan oleh pihak KWSP untuk memberi taklimat berkenaan skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak KWSP
Tarikh : 28 Julai 2017 |
Masa : 9.30 am - 12.30 pm |
Lokasi : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Jumlah Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuan Kelas Dashboard ini adalah untuk memperkenalkan MyPlace & MyHealth kepada pelajar.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan tentang tujuan penubuhan portal Dashboard Komuniti dan perisian yang terdapat di dalam portal Dashboard Komuniti. Kelas ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana cara-cara menggunakan MyPlace dan MyHealth sempena pertandingan Dashboard Komuniti yang akan berlangsung dari bulan Julai 2017 sehingga Disember 2017.
Tarikh : 31 Julai 2017 Masa : 10.00 pagi - 1.00 pm Lokasi : PI1M Kampung Pulau Kerengga Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh hanya seorang pelajar bagi tujuan memberi latihan asas Microsoft Office Excel dan memperkenalkan Dashboard Komuniti. Kelas ini memberi pendedahan kepada asas komputer seterusnya menggalakkan penyertaan pengunjung menyertai pertandingan Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Pelajar diperkenalkan dengan asas Microsoft Office Excel dengan memberi pendedahan tentang cara-cara memasukkan jadual, memasukkan data, mewarnakan tulisan, mewarnakan jadual, menambah column dan asas formula. Selain itu, sempena Pertandingan Dashboard Komuniti yang telah diwar-warkan baru-baru ini, pelajar juga diajar secara terperinci tentang cara-cara menggunakan dashboard daan cara-cara menyertai pertandingan.
Tarikh : 29 Julai 2017 |
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm |
Lokasi : PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta : 5 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk melatih penggunaan Smartboard dengan mengadakan pertandingan Zuma Deluxe. Ini untuk menanam minat pelajar terhadap E-Learning dengan cara menyeronokkan.
Aktiviti
Seramai 5 orang peserta bertanding permainan Zuma Deluxe menggunakan aplikasi SmartBoard. Ini bertujuan melatih kemahiran pelajar menggunakan SmartBoard yang akan digunapakai untuk pelbagai kelas E-Learning akan datang.