Tarikh: | 23 Januari 2018 |
Waktu: | 10.00 am - 1.00 pm |
Lokasi: | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 36 orang |
Tujuan:
Membuat pemeriksaan mata percuma serta Advokasi.
Aktiviti:
Program pemeriksaan mata percuma anjuran EFKEYO dan PI1M Kg Pulau Kerengga. Promosi pembelian serendah RM500.00 dan peluang memenangi pakej umrah. Diskaun sehingga 50%.
Tarikh: | 10 Januari 2018 |
Waktu: | 10.00 am- 1.00 pm |
Lokasi: | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta: | 3 orang |
Tujuan:
Memberi latihan pengenalan kepada internet
Aktiviti:
Memberi pendedahan tentang asas pengenalan kepada internet. pelajar dilatih untuk menggunakan komputer dan diajar cara-cara mengisi borang dalam talian iaitu borang permohonan zakat di laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/.
Tarikh | 15 Disember 2017 |
Waktu | 9.30am - 12.30pm |
Tempat | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan:
Memperkenalkan pemprosesan Kata
Aktiviti:
Pelajar diperkenalkan dengan Asas Microsoft Office Word iaitu mempelajari fungsi. Antara yang dipelajari untuk asas microsoft word adalah menaip tentang maklumat diri dengan mempelajari font (mengubah jenis tulisan, saiz , warna dan text effects). Selepas itu, pelajar akan diajar cara-cara untuk memasukkan gambar melalui insert picture dan juga insert clip art. Untuk menambah kreativiti, pelajar turut diajar cara-cara mencantikkan grafik gambar melalui kaedah "Picture Styles" yang boleh memberi kesan grafik ke atas sesuatu gambar. Tidak lupa juga mereka turut diajar untuk mahir menggunakan wrap text untuk mengalih posisi gambar. Selepas itu pelajar dilatih menggunakan page background dengan menambah border, page colour dan watermark. Selepas siap menaip maklumat diri, pelajar diberi tugasan tambahan iaitu membuat jadual dan mewarnakan jadual.
Tarikh | 16 Disember 2017 |
Masa | 10.00 am - 1.00 pm |
Tempat | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan:
Latihan Microsoft Office Word
Aktiviti:
Pelajar dikehendaki menghasilkan peta minda menggunakan Microsoft Office Word. Tugasan yang diberi harus menggunakan font iaitu mengubah jenis tulisan, warna tulisan, saiz dan design tulisan. selain itu, pelajar dikehendaki menggunakan shapes untuk menghasilkan kotak peta minda serta menggunakan shape styles untuk mengubah rekabentuk. selain itu, pelajar turut diajar cara-cara memasukkan tulisan ke dalam kotak shapes. kelas diteruskan dengan ulangkaji asas penggunaan internet dengan memperkenalkan Google Maps.
Tarikh | 14 Disember 2017 |
Waktu | 10.00 am - 1.00 pm |
Tempat | PI1M Kg Pulau Kerengga |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan:
Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi
Aktiviti:
Pelajar diajar tentang pengenalan kepada komputer dengan mempelajari bahagian-bahagian asas seperti papan kekunci, monitor, CPU dan tetikus serta fungsinya. Antara asas yang turut dipelajari adalah cara-cara menghidupkan komputer, mempelajari desktop, mempelajari asas penggunaan papan kekunci serta asas penggunaan mouse. Antara aktiviti yang dibuat adalah menaip nama dan alamat di dalam Notepad untuk membiasakan diri menggunakan papan kekunci. Untuk aktiviti seterusnya, pelajar diajar untuk membuat folder masing-masing di desktop dan menamakan semula folder. Selepas agak mahir menggunakan papan kekunci, aktiviti diteruskan dengan pengenalan kepada internet dengan menerokai Enjin carian seperti http://www.google.com, http://www.bing.com, http://search.yahoo.com dan http://www.altavista.com. Bagi meneruskan sesi kelas Asas Microsoft Office Word untuk hari esok, pelajar turut diajar cara-cara mencari imej dan menyimpan imej yang dicari dari internet ke dalam folder.