Tarikh :  14 September 2018 
 Masa :  3.00pm - 6.00 pm
 Lokasi  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta :    9 Orang

 

 

Tujuan:

Melukis imej dinosour melalui Youtube

 

Aktiviti:

Pelajar dikehendaki melukis imej anak dinosour melalui tutorial yang ditunjukkan dalam Youtube. 'Youtuber' menunjukkan langkah demi langkah cara melukis dinosour secara ringkas dan mudah. Sesiapa yang berminat untuk belajar melukis lukisan kartun yang comel dan mudah bolehlah mencuba pelbagai tutorial dari channel Cartoon Quick Draw.Program turut diselitkan dengan taklimat KDB, taklimat e-waste dan taklimat Sebenarnya.My.

Gambar Disini

Tarikh      :  10 September 2018
 Masa      :  3.00pm - 6.00pm 
 Lokasi     :  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta    :  7 Orang 

 

Tujuan:

Pemeriksaan BMI & BP secara percuma kepada pengunjung PI

 

Aktiviti:

Program saringan kesihatan secara percuma kepada pengunjung PI dengan membuat pemeriksaan BMI (Berat & Tinggi), pemeriksaan tekanan darah (BP) dan ukur lilit pinggang. Program ini dibuat berdasarkan keperluan pengisian maklumat saringan kesihatan ke dalam Dashboard Komuniti. Antara pengunjung yang membuat pemeriksaan kesihatan termasuklah kanak-kanak dan belia. Program diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai E-Waste, Taklimat Dashboard Komuniti serta program Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh :   19 Ogos 2018 
 Masa :  10.00am - 1.00pm 
 Lokasi :  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta :  1 Orang 

 

 

Tujuan:

Latihan eRezeki untuk menjana pendapatan sampingan

Aktiviti:

eRezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing. merupakan salah satu inisiatif digital daripada kempen digital #YOUCANDUIT untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh:  06 September 2018 
 Masa :  10.00am - 1.00pm 
 Lokasi :  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta:   1 Orang 

 

Tujuan

Membuat surat kiriman rasmi

Aktiviti

Pembelajaran Microsoft Office Word kali ini melibatkan peserta yang merupakan setiausaha MPKK Kg Pulau Kerengga. Peserta telah diajar cara-cara menghasilkan surat kiriman rasmi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Antara teknik yang diajar adalah membuat perenggan, cara-cara menggunakan font , cara-cara menggunakan paragraph, membuat garisan panjang serta menggunakan TAB dengan betul. Surat kiriman rasmi sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bekerja di mana-mana jabatan atau syarikat terutamanya jika memegang jawatan sebagai setiausaha.

Gambar Disini

 

 Tarikh :   19 Ogos 2018 
 Masa :  3.00 pm - 6.00 pm 
 Lokasi :  PI Kg Pulau Kerengga 
 Peserta :   10 Orang 

 

Tujuan:

Memberi pengalaman belajar matematik secarab lebih efektif dan menyeronokkan.

Aktiviti:

Pembelajaran secara atas talian (E-Pembelajaran / E-Learning) sudah tidak asing pada zaman sekarang. Kini terdapat banyak website yang menyediakan pembelajaran atas talian dan salah satunya adalah https://www.mathplayground.com/. Mathplayground merupakan website permainan matematik yang menguji minda dan menghiburkan kerana mempunyai design yang menarik. Website ini mempunyai 6 tahap dari soalan asas sehingga ke tahap tingkat tinggi. Antara menu yang tersedia di dalam website ini termasuklah math games, Logic games, Math Arcade, Story Math dan Math Videos. 

Gambar Disini