BELAJAR ASAS PERKAKASAN KOMPUTER, ASAS KOMPUTER, E-LEARNING, ASAS INTERNET & DASHBOARD KOMUNITI
Nama : | Muhammad Ammar bin Alias |
Umur : | 12 Tahun |
Ahli : | 2015 |
Latar belakang
Muhammad Ammar merupakan seorang pengunjung tegar dan ahli PI1M sejak dari tahun 2015. Beliau pada mulanya hanya mempunyai pengetahuan asas tentang ICT dan banyak perkara yang masih perlu dipelajari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau juga pada awalnya tidak begitu mahir menggunakan komputer. Beliau telah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PI1M seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Excel, Adobe Photoshope, pengenalan kepada perkakasan komputer, cara menggunakan komputer dengan betul, pengenalan kepada internet, blog, E-Learning dan banyak lagi. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas yang dijalankan di PI1M.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PI1M untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan pantas, membuat grafik di dalam Power Point, menaip di dalam Microsoft Office dengan hiasan yang kreatif, mengedit gambar asas menggunakan Adobe Photoshope, boleh menggunakan google untuk mencari maklumat dengan pantas, menyimpan gambar, malah boleh menggunakan facebook dengan baik.
BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER & ASAS KEUSAHAWANAN (ILES)
Nama | Nor Azira binti Ramli |
Umur | 25 Tahun |
Ahli | 2017 |
Latar belakang
Nor Azira Ramli merupakan seorang pengunjung PI1M dan pada mulanya hanya mempunyai pengetahuan asas tentang ICT dan banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Beliau merupakan seorang usahawan secara kecil-kecilan dan memerlukan sedikit pengetahuan berkaitan ICT untuk membantu beliau memperkembangkan produk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau juga pada awalnya tidak begitu mahir menggunakan komputer. Malah beliau mengakui bahawa tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini dan langsung tidak mempunyai apa-apa media sosial kecuali whatsapp.
penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kerana kepentingan terhadap bidang ICT untuk mempromosikan produk, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PI1M untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mula melibatkan diri di dalam kelas komputer pada Ogos 2017 dengan menyertai kelas INTEL (ILES) iaitu asas komputer. Di dalam kelas ini, beliau telah mempelajari asas-asas komputer dan asas-asas internet. Oleh kerana beliau merupakan seorang usahawan, beliau telah belajar untuk membuat akaun G-mail sebagai langkah permulaan membuat akaun Instagram. Oleh kerana masyarakat masa kini lebih cenderung untuk membeli barangan daripada Instagram berbanding facebook, maka beliau juga telah berjaya mencipta satu akaun perniagaan Instagram yang dinamakan sebagai ‘normakanansedap’.
USAHAWAN PRODUK DYXY
Nama | Norazilla binti Abu Bakar |
Umur | 27 Tahun |
Ahli | 2017 |
Latar belakang
Cik Norazilla abu bakar merupakan salah seorang ahli P1IM Kg Pulau Kerengga yang terlibat dengan perniagaan online. Beliau merupakan lepasan siswazah yang bekerja sambilan sebagai dropship dalam talian. Beliau pernah menghadiri kursus keusahawan di PI1M Pulau Kerengga dan mendapat didikan mengenai perniagaan atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
.Sebagai langkah berhati-hati, beliau memulakan perniagaan tanpa modal sebagai agen dropship barangan kosmetik iaitu produk DYXY. Perniagaan ini adalah secara sambilan sahaja. Beliau membuat promosi dari mulut ke mulut antara orang yang dikenali.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun setelah menerima tunjuk ajar dari PI1M, beliau mula berjinak untuk mempromosikan melalui facebook. Jualan produk telah bertambah iaitu dari 5 produk kepada sekurang-kurangnya 10 produk sebulan telah terjual.
USAHAWAN MAKANAN RINGAN
Nama | Nor Azira binti Ramli |
Umur | 25 Tahun |
Ahli | 2017 |
Latar belakang
Nor Azira Ramli merupakan salah seorang ahli P1IM Kg Pulau Kerengga yang terlibat dengan perniagaan online dan juga offline. Beliau pernah menghadiri kursus keusahawan di PI1M Pulau Kerengga dan mendapat didikan mengenai perniagaan atas talian. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan berniaga sambilan dengan menjual makanan ringan seperti karipap mini, Cream Puff, Rempeyek Berempah, tart telur, secara online dan offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Perniagaan ini adalah secara sambilan sahaja dan bukanlah sebagai sumber pendapatan utama. Beliau membuat promosi dari mulut ke mulut antara orang yang dikenali dengan mempromosikan produk secara bersemuka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun setelah menerima tunjuk ajar dari PI1M, beliau mula berjinak untuk mempromosikan produk melalui facebook dan Instagram. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dan produk sangat nyaris dijual.