USAHAWAN KASUT
Nama : | Muhammad Nur Aiman Danial bin Wahid |
Umur : | 21 Tahun |
Ahli : | 2017 |
Latar belakang
Muhammad Nur Aiman merupakan salah seorang ahli P1IM Kg Pulau Kerengga yang terlibat dengan perniagaan kasut murah secara online. Beliau pernah menghadiri kursus INTEL di PI1M Pulau Kerengga dan mendapat didikan mengenai perniagaan atas talian. Beliau merupakan seorang pelajar dan berniaga sambilan dengan menjual pelbagai kasut dengan harga mampu milik di dalam instagram
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Perniagaan ini adalah secara sambilan sahaja dan bukanlah sebagai sumber pendapatan utama. Beliau membuat promosi dari mulut ke mulut antara orang yang dikenali dengan mempromosikan produk secara bersemuka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun setelah menerima tunjuk ajar dari PI1M, beliau mula berjinak untuk mempromosikan produk melalui Instagram. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dan produk sangat nyaris dijual.
USAHAWAN DROPSHIP TUDUNG
Nama : | Ainur Bashyrah binti Ismail |
Umur : | 19 Tahun |
Ahli : | 2009 |
Latar belakang
Cik Ainur Bashyrah merupakan salah seorang ahli P1IM Kg Pulau Kerengga dan juga merupakan skuad PI1M terlibat dengan perniagaan online. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan enam dan pernah menghadiri kursus keusahawan di PI1M Pulau Kerengga dan mendapat didikan mengenai perniagaan atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau membuat promosi tudung dari mulut ke mulut namun sambutan agak kurang memberangsangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun setelah menerima tunjuk ajar dari PI1M, beliau mula berjinak untuk mempromosikan melalui WhatsApp dan My Shop. Jualan produk telah bertambah iaitu dari 5 produk kepada sekurang-kurangnya 10 produk sebulan telah terjual.
USAHAWAN WAN BODY PERFUME & WAN AIR FRESHENER
Nama | Puan Zaleha binti Abdul Rani |
Umur | 42 Tahun |
Ahli | 2017 |
Latar belakang
Puan Zaleha merupakan salah seorang ahli P1IM Kg Pulau Kerengga yang terlibat dengan perniagaan online dan juga offline. Beliau pernah menghadiri kursus keusahawan di PI1M Pulau Kerengga dan mendapat didikan mengenai perniagaan atas talian. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan berniaga sambilan dengan menjual Wan Body Perfume dan Wan Air freshener.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Perniagaan ini adalah secara sambilan sahaja dan bukanlah sebagai sumber pendapatan utama. Beliau membuat promosi dari mulut ke mulut antara orang yang dikenali dengan mempromosikan produk secara bersemuka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun setelah menerima tunjuk ajar dari PI1M, beliau mula berjinak untuk mempromosikan produk melalui facebook dan Instagram. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dan produk sangat nyaris dijual.
BELAJAR ASAS PERKAKASAN KOMPUTER, ASAS KOMPUTER, E-LEARNING, ASAS INTERNET & DASHBOARD KOMUNITI
Nama : | Muhammad Ashrafiq bin Bujang |
Umur : | 13 Tahun |
Ahli : | 2015 |
Latar belakang
Muhammad Ashrafiq merupakan seorang pengunjung tegar dan ahli PI1M sejak dari tahun 2015. Beliau pada mulanya hanya mempunyai pengetahuan asas tentang ICT dan banyak perkara yang masih perlu dipelajari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau juga pada awalnya tidak begitu mahir menggunakan komputer. Beliau telah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PI1M seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Excel, Adobe Photoshope, pengenalan kepada perkakasan komputer, cara menggunakan komputer dengan betul, pengenalan kepada internet, blog, E-Learning dan banyak lagi. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas yang dijalankan di PI1M.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PI1M untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan pantas, membuat grafik di dalam Power Point, menaip di dalam Microsoft Office dengan hiasan yang kreatif, mengedit gambar asas menggunakan Adobe Photoshope, boleh menggunakan google untuk mencari maklumat dengan pantas, menyimpan gambar, malah boleh menggunakan facebook dengan baik.
USAHAWAN URUTAN WANITA DAN TUNGKU HERBA
Nama | Puan Nor Aini binti Mohamed |
Umur | 46 Tahun |
Ahli | 2009 |
Latar belakang
Puan Nor Aini Mohamed merupakan salah seorang ahli P1IM Kg Pulau Kerengga yang terlibat dengan perniagaan online. Beliau merupakan seorang tukang urut dan pernah menghadiri kursus keusahawan di PI1M Pulau Kerengga dan mendapat didikan mengenai perniagaan atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau membuat promosi mengurut dari mulut ke mulut. Selain dari mengurut, beliau turut menjual tungku untuk bayi dan ibu selepas barsalin.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun setelah menerima tunjuk ajar dari PI1M, beliau mula berjinak untuk mempromosikan melalui facebook. Jualan produk telah bertambah iaitu dari 5 produk kepada sekurang-kurangnya 10 produk sebulan telah terjual.